Senarai Pemenang AIM ke 18 + corat coret AIM ke 18

AIM 18 disiarkan di Astro Ria secara langsung di hoskan oleh Zizan Raja Lawak dan Ac Mizal, memang menghiburkan, kedua -dua pengacara ni ngam jugak walaupun kita selalu tengok Zizan dengan Johan. Kalau ada Johan jadi macam Raja Lawak pulak hehe!! Zizan dan Ac pun turut sama membuat persembahan dengan Najwa tadi ye.
Persembahan kemuncak yang ditunggu -tunggu ialah dari Najwa Latif dan Greyson Chance, Najwa menyanyikan lagunya Cinta Muka Buku lepas tu Greyson naynyikan lagu Waiting Outside the lines. Mereka kemudian berduet untuk lagu Paparazzi.


Menarik jugak persembahan dari artis artis zaman 90-an seperti Exis (still exist) heehehe, Zamani Slam, Rahmad Mega yang masih awet muda. Tak kurang hebat jugak persembahan 3 suara dari Shial Amzah, Ning dan Jac.Memang mantapp!!

Yuna dengan lagu Gelora Jiwa, rentak macam lagu zaman P ramlee dan Saloma, sedapp..imej Yuna sekarang macam cikgu dalam Kampung Boy tu huhu..kalau Yuna pakai tudung cam dulu lagi lawa..


Penyampai anugerah malam ni antaranya Nora berpasangan dengan Sarimah, kelakar juga 2 orang ni, Ramlah Ram dengan Iwan, Zainal Abidin dengan Gee.

Penyampai kacak tapi menggelabah ialah Syamsul Yusof, dengan chewing gum dia..huhu..nape gelabah ketua gangster ni pasal ada Neelofa sebelah ke? heheh!!  Cian Zizan tak dapat nak ngorat Neelofa yang cantik jelita :)

Suka sangat persembahan bertenaga dari Stacy, Hazama dan Ella tadi.  Masa karpet biru adan One Nation Emcees..tu pun bestt sgt.
Tak tau le kenapa bila turn Mawi dengan Akhil Hayy buat persembahan(aku pun hai hai bye bye ..tukar chanel lain hehe tgk alien lagi best).




Senarai Pemenang :
Lagu Pop Terbaik : Sedetik Lebih – Anuar Zain
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik : Lagu Got To Go – Najwa Mahiaddin
Lagu Pop Etnik Terbaik : Joget Tak Senang Hati – Adibah Nor
Lagu Nasyid Terbaik :Lagu Nora Feat VOU – Pedoman
Video Muzik Terbaik : Lagu Aizat Amdan – Susun Silangkata Arahan Ahmad Faris

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) : Sedetik Lebih – Anuar Zain
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) : Penakut – Yuna
Artis Baru Terbaik :Najwa

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu: Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah – Beribu Sesalan
Album Rock Terbaik: Lagu Pelita A.P.I
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara: Lagu Ku Menunggu – Rossa
Kulit Album Terbaik: Album Urusan Aizat – Aizat Amdan
Lagu Terbaik – Penakut oleh Yuna

Album Terbaik AIM18 diberikan kepada Album Sheila Majid

Artis Mobile Terbaik Celcom: 6ixth Sense

Anugerah Kembara: Yuna

Anugerah Wirama: Puan Beh Suat Pheng

Gambar artis artis melaram di AIM ke 18

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Senarai Pemenang AIM ke 18 + corat coret AIM ke 18”

  1. wazy says:

    Dapat tengok senarai pemenang ni pun jadi la,nak tengok live kena kerja plak

  2. APAN says:

    x tengok pun…xde astro.huhu…ingat kak nuriz peminat mawi… :)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold