Pelik! Gadis Ni Tiada Lemak Dalam Badannya

Gadis berasal dari Texas, Amerika ini menghidap penyakit pelik, iaitu berat badannya tidak bertambah. Dia perlu makan setiap 15 minit untuk terus hidup. Lizzie Velasquez berusia 21 tahun dan masih lagi belajar, lihat gambar, dia kelihatan seperti wanita tua. Berat badannya hanya 25.4 kg, kandungan lemak dalam badannya hampir kepada 0 atau sifar. Dulu Nuriz ada share satu artikel mengenai wanita yang wajahnya macam 70-an, kes tu berlaku di Vietnam.

Mungkin lebih kurang sama kot dengan remaja ni, tapi wanita tu tak lah sekurus Lizzie.

Lizzie bukan golongan yang menghidap anorexia, memang keadaan dia sejak kecil lagi begitu. Lizzie perlu makan hidangan biasa sebanyak 60 hidangan dan perlu mengambil 5,000 hingga 8000 kalori sehari.

Dia dilahirkan minggu ke empat pra matang dan doktor-doktor tidak dapat mengenalpasti apa jenis penyakitnya yang dianggap istimewa dalam dunia. Profesor yang mengkaji penyakit Lizzie percaya yang dia menghidap sindrom cepat berlaku proses penuaan, iaitu kulit cepat berkedut dan mempunyai muka, hidung terlalu runcing.

Lizzie selalu menimbang berat badannya setiap hari jikan berat badannya naik 1 paun itu sudah cukup membuatkan dia gembira. Dia akan makan setiap 15-20 minit bagi menambah tenaga dalam badan. Dia mengambil makanan snek seperti kek, coklat, donit, aiskrim, pizza, dan lain lain setiap hari tapi orang masih menuduhnya menghidap anorexia.

Lizzie mempunyai 2 orang lagi adik beradik yang normal. Semasa dilahirkan ibu bapa Lizzie terpaksa membeli pakaian anak patung kerana pakaian baby di kedai terlalu besar.

Cuba pulak lihat gambar Lizzie semasa kecil.

Video

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

14 Responses to “Pelik! Gadis Ni Tiada Lemak Dalam Badannya”

  1. ANTI NEELOFA says:

    KETENTUAN DARINYA….SUBHANALLAH

  2. wazy says:

    kena rajin minum gain weight la rasanya
    wazy recently posted..Tahniah Harimau Malaya

  3. syuhada says:

    sy plak mempunyai penyakit lemak banyak di badan..kalau la leh derma kat die sket….heheeh :P
    syuhada recently posted..Babi..!!!

  4. akubiomed says:

    Ingatkan ada masalah anorexia rupanya sejak dilahirkan ada masalah tidak ada lemak dibawah kuit.
    akubiomed recently posted..Pingat emas bola sepak sukan Sea 2011 milik Malaysia

  5. eddie says:

    bahaya jugak xde lemak dalam badan nie..kesian kat dia…kuasa Allah s.wt. semua nie
    eddie recently posted..TOP 10 Shopping Complex Di Dunia

  6. APAN says:

    seram ma…ada gak penyakit mcam ni…

  7. APAN says:

    tengah cuba comment luv.komen yg 1st tu x keluar sebab lama sngat loading comment luv ni.yg ni pun still tngah loading lagi ni.pe la yg dicari tuh.mungkin slow kot line sini…sebab komen orang lain keluar je latest entri…ok dah tu sis…

  8. Juan says:

    kekadang bila tgk mcm ni, rasa benda benda mcm ni x mustahil wujud didunia kan, ader yg kes x leh kena air, ada yg kes takut patung sangat, yg kekadang kita fikir mcm x logik tp memang ada dan x leh tolak kebenaran tuh

  9. Ummi Hanie says:

    kuasa allah kan ..

    memula igtkan anorexia td …

  10. aiez says:

    syukur kita apa adanya…yg sihat tu bersyukurlah hendaknya…
    aiez recently posted..5 Minit Lagilah…

  11. titan says:

    em. dah rezeki dia..
    titan recently posted..Trafik itu kacak.

  12. kakyong says:

    Masya Allah, utk kita renungkan kebesaran Allah…
    kakyong recently posted..Segmen rerama berterbangan – Dec 2011

  13. wandisini says:

    kesiannya.
    sampai tak ada lemak dalam badan eh. mana pergi semua makanan yang di makan tu kalau tak jadi daging dan lemak eh?
    wandisini recently posted..Hukum Simpan Patung Dalam Rumah

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold