Nadia Nissa (Manis dalam Cun) Tak Popular Tapi Berbakat

Nadia Nissa pelakon yang tak popular namun berbakat besar, Nadia baru je memenangi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem dalam Anugerah Skrin tv3. Nadia menang untuk filem Cun arahan Osman Ali, ingat tak pada watak gadis oku bernama Manis adik kepada Atan lakonan Remy Ishak tu. Memang berkesan dan menjadi watak Manis yang lurus dan jujur serta cute, mampu menyentuh perasaan penonton.

Filem lakonan Nadia yang baru ialah Bara Jiwa arahan Osman Ali...emm nampaknya hanya pengarah Osman Ali je yang selalu ambil Nisa berlakon, rugi ye pengarah lain tak ambil dia berlakon. Nadia mengakui dia jarang muncul di dalam drama mahupun filem, orang pun tak kenal dia sebelum ni.

Harap harap nanti ada lagi le pengarah drama dan filem ambil Nadia ni berlakon sebab dia ni antara pelakon yang berbakat, bukan bersandarkan rupa cantik semata-mata. Ada pelakon yang jelita tapi berlakon macam kayu.

Nadia pernah berlakon dalam drama Donut 2010 arahan Sheila Rusly cerita tu ditayangkan di Astro , Nuriz ingat lagi cerita tu, dia jadi kawan kepada Sheila Rusly dan Amyza Adnan.  Filem lain lakonan dia ialah Karaoke dan Dukun. Masa dia menang ASK ni dia baru lepas pantang melahirkan anaknya yang pertama.

Komen Nadia lepas menang ASK

“Saya selalu merasakan ramai orang belum mengenali siapa saya dan kemenangan ini belum menentukan masa depan saya dalam dunia lakonan.

“Sebab itu saya tidak begitu pasti apakah arah tujuan saya dalam dunia lakonan selepas ini,”

“Saya berharap selepas memenangi anugerah orang akan lebih mengenali saya dan mendapat tawaran berlakon dengan watak-watak lebih mencabar,”

“Saya bersyukur dengan kemenangan itu kerana ia adalah filem pertama saya yang membawa watak mencabar sebagai seorang gadis terencat akal.

“Semasa melakukan penggambaran, pengarah filem, Abang Osman berpuas hati dengan lakonan saya dan kemenangan ini adalah rezeki anak.”

Dia kini berehat daripada dunia lakonan kerana ingin memberikan tumpuan kepada bayi yang baru lahir, Nadia bagaimanapun optimis untuk terus aktif sebagai pelakon kerana cintanya terhadap bidang itu.

Biodata Nadia Nissa

NAMA SEBENAR: Nadiyatul Nisaa’ Kamaruddin
TARIKH LAHIR: 11 Julai 1985
UMUR: 26 tahun
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
ZODIAK: Cancer
STATUS: Berkahwin
KERJAYA: Pelakon
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Penyiaran, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
FILEM: Cun! (2011), Karaoke (2010) dan Dukun (2007)
TELEFILEM: Dengan Nama Cinta, Hanya Aku, Donut dan Cinta 5 bintang.
DRAMA BERSIRI: Impian Sunsilk 2

Nadia dan suaminya

Filem Cun

Nadia nyanyi lagu KRU :) promo filem Karaoke

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold