Nabila Huda Nafi Orang Ketiga Punca Keruntuhan Rumah tangganya

Nabila Huda 27 anak kepada penyanyi Amy Search kini berstatus solo. Nabila kini dikejar gosip liar mengatakan dia bercinta sakan dengan penyelam, ditambah pulak tersebar gambar dia bercuti di Pulau Tioman bersama penyelam berkenaan. Dalam media hiburan hari ini Nabila Huda menafikan orang ketiga punca keretakan rumah tangganya yang dibina bersama Zaidy Zailani atau Eddy.

Nabila dan Eddy dikurniakan anak bernama Keisha Laila, mereka berdua bergilir-gilri menjaga Keisha jika Nabila sibuk di lokasi pengambaran. Mereka berkahwin dulu pada tahun 2008 dan bercinta selama 8 tahun.

Nabila akui Eddy lelaki yang baik

Nabila enggan bercerita mengenai hal rumahtangga dan lebih suka jika ditanya tentang kerjaya seninya kerana dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Bagi Nabila, soal jodoh dan maut itu kerja tuhan, dia mengakui Eddy pernah menjadi kekasihnya selama 8 tahun dan seorang lelaki yang baik.

Perpisahan itu kerja tuhan:

Nabila atau Abil mengakui dia bukan wanita dan juga isteri yang baik, tanggungjawab seorang isteri itu cukup besar baginya hingga dia rasa tewas dengan tanggungjawab yang harus dipikulnya.

” Eddy seorang yang baik, mungkin saya sahaja bukan seorang wanita dan isteri yang sempurna. Jujur saya katakan saya tidak mahu menjadi isteri yang derhaka yang sentiasa ada perasaan marah atau kurang puas hati terhadap suami. Daripada sering bertengkar tentang isu berbangkit, saya nekad untuk minta dilepaskan.”

Nabila solo keran tak mahu hidup terkongkong:

Jika ada pihak yang menuduh dia sengaja memperbesarkan isu dan hal remeh temeh kerana mahu hidup solo , itu adalah satu tuduhan kurang bernas. Bagi Nabila hanya dia dan Eddy sahaja yang tahu hal sebenar. Adakah Nabila hidup terkongkong?

“Tidak sama sekali. Sejak berkahwin dan menjadi isteri, dia tidak pernah melarang saya melakukan kerja yang amat saya cintai iaitu berlakon. Jadi tidak timbul isu tersebut kerana kami menjalani rutin kehidupan yang normal hanya saya akui saya terlalu sibuk bekerja hingga tidak punya masa dengan suami dan anak. Sebab itu saya katakan saya bukan isteri yang sempurna.”

Nabila main kayu tiga

Apabila dituduh dia ada hubungan dengan lelaki kaya, Nabila cepat menjawab,

” Itu fakta bodoh, Saya tidak ada orang ketiga atau bercinta dengan lelaki kaya. Saya tidak berkawan dengan lelaki kaya. Itu bukan saya”.

Tahu tak saya selalu bersedih kerana tidak mempunyai masa dengan anak saya. Sebagai seorang ibu saya selalu kecewa apabila memikirkan hal itu kerana saya harus menghabiskan banyak masa di lokasi tempat saya mencari rezeki. Tapi saya tidak boleh buat apa, kerana saya harus keluar bekerja.”

Dia mengaku banyak kawan lelaki dan jika ditakdirkan berkahwin lain atau berjumpa jodoh, dia tidak menafikan soal jodoh dan perasaan cinta itu datang dari Tuhan. Dia tetap menjadikan pengalaman berumah tangga dalam hidupnya sebgai pengalaman manis. Biarpun dia sedih tetapi dia tidak mahu melayan perasaan sedihnya dan hidup perlu diteruskan.

Nabila Suka Menyelam

Nabila kini tdak memikirkan soal kahwin lagi dan mahu memberi fokus lagi kepada kerjaya lakonan. Di samping itu dia mahu mencapai impian iaitu mahu pergi melancong dan melakukan sukan kegemaran, menyelam. Nabila bakal menyelam di Bali, Indonesia pada tahun depan.

sumber petikan dari kosmo

p/s : patut Nabila pi belajar menyelam di Pulau Tioman ye..heheh

Artikel lain:

Nabila Huda berbikini sambut Halloween di Tioman

Gambar Nabila Huda bercium dengan jurulatih selam di Tioman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Nabila Huda Nafi Orang Ketiga Punca Keruntuhan Rumah tangganya”

  1. Juan says:

    ermm, x tau nk komen apa

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold