Mufti Kelantan Tegur Apek

Apek dilanda gosip dan cerita kurang enak mengenai dirinya dan jugak kekasih barunya Dalia Teck, apabila 2 keping gambar menunjukkan Apek dan Dahlia Teck berada di sebuah parti di restoran makanan Itali klasik, Werner’s, Changkat Bukit Bintang. Ekoran dari tersebarnya gambar Apek dan Dalia bersosial bersama rakan2 lain tu, Apek dituduh minum arak kerana dalam gambar tu ada botol minuman arak.

Harian Metro melaporkan, Mufti Kelantan telah menasihat dan menegur Apek :

Biarpun mendakwa dirinya tidak mengambil minuman keras tetapi penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau lebih dikenali sebagai Apek, perlu mengelak daripada mengunjungi tempat berkenaan kerana tindakannya ke situ turut dikira bersubahat.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed, berkata orang Islam wajar mengelak menghadiri majlis yang menyediakan benda haram seperti arak.

“Perumpamaannya mudah dan diibaratkan seperti kita ke tempat menjual minyak wangi. Badan kita sudah tentu berbau harum kerana minyak wangi dan begitu jugalah situasinya jika berada di majlis yang menyediakan minuman keras.

“Dalam isu ini, penjaga kol itu seharusnya mengelak daripada menghadiri majlis berkenaan kerana memang ada benda terlarang (haram) disediakan dan boleh bersubahat berada dalam keramaian yang menyediakannya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mengulas mengenai perkara itu, Mohamad Shukri berkata orang Islam yang tidak mengetahui majlis dihadiri itu menyediakan minuman keras tidak dikira bersubahat, tetapi dianggap sebaliknya jika perkara itu diketahuinya terlebih dulu.

Apek enggan memberi komen panjang mengenai isu dia dituduh minum arak, Apek ingin menumpukan kepada sukan sea berbanding menjawab soalan soalan mengenai perkara tersebut.

Teguran dari mufti tu tandanya Apek disayangi dan diambil berat oleh semua orang, kerana Apek orang terkenal dan banyak berjasa juga kpd negara. Semoga Apek tak hanyut jauh jauh…dan sebagai icon dan orang terkenal, perlulah jugak menjaga perangai.
Artikel lain:

Komen Elia bekas tunang Apek mengenai isu Apek dan Dahlia Teck bersosial di Bukit Bintang

Gambar Apek dan Dahlia Teck dengan botol whiskey

Pengakuan Dahlia Teck : sedang kenal hati budi Apek

Gambar Dahlia Teck yang mcm Baby Doll

Muncul Facebook Kami Benci Kakak Elia jejariruncing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Mufti Kelantan Tegur Apek”

  1. akubiomed says:

    Teguran dari Mufti tandanya ada orang yang sayangkan beliau. Eloklah mendengar dan elak perkara-perkara yang boleh menimbulkan fitnah

  2. apekPutrajaya says:

    dahlia B***h ~! sorry to say..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold