Lima Kemalangan Di Lokasi Yang Sama Dalam Tempoh 2 Jam

Tadi kat berita Tv3, ada pasal lima (5) kemalangan yang berlaku di lokasi yang sama dan yang paling dasyat, ia berlaku dalam tempoh 2 jam. Kemalangan tu berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan hampir dengan Bukit Tagar, Hulu Selangor. Dalam kejadian tu seorang penunggang maut, 5 cedera parah dan 60 orang selamat.

Kemalangan 1.

Disebabkan langgar lari berlakuĀ  kira-kira jam 8.00 malam semalam.

Penunggang motosikal, Muhammad Noor Sharaffi Husin, 18 tahun, terjatuh lalu kepalanya digilis sebuah kenderaan, yang kemudiannya meninggalkan tempat kejadian. Rakannya, Mohd Nafis Norman-Kias, parah.

Kemalangan 2.

Sejam kemudian, empat kenderaan termasuk sebuah lori merempuh sesama sendiri sebaik menghampiri lokasi kejadian. Empat orang yang menaiki sebuah kereta cedera parah, dua lagi terselamat termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun.

Kemalangan 3.

Beberapa minit kemudian berlaku lagi kemalangan yang membabitkan sebuah bas ekspres yang merempuh sebuah bas di hadapannya kerana mengelak kemalangan sebelumnya.

Kemalangan ke 4 dan 5

Ketika anggota perubatan sedang merawat mangsa, 2 lagi kemalangan membabitkan empat kereta berlaku.

Tindakan pantas anggota polis berjaya mengeluarkan tiga penumpang di dalam salah sebuah kereta yang terbakar di bahagian enjin.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Empat mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Sungai Buloh, seorang lagi ke Hospital Slim River.

sumber: tv3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Lima Kemalangan Di Lokasi Yang Sama Dalam Tempoh 2 Jam”

  1. Redmelati says:

    Ni mesti bahana orang kepoh2 kat tepi tmpt kejadian. Ada yg perlahankan kereta, ada yang tiba2 nak mengada berhenti, ada yang rushing2 nak potong orang yg slowka kereta, ada yg nak tengok sekali terbabas. Sigh….

  2. lin azlina says:

    ish…dasat…bahaya kwsn tu..selalu jer dgr ada eksiden…

  3. Berhati-hati semasa memandu.

  4. yas says:

    X de tanda amaran ke kat tempat kejadian…sampai 5 kemalangan terjadi…naya betul laaa

  5. APAN says:

    5 in 1 nih…mesti lps ni ramai ckp tempat tu puaka.haha…

  6. fatin says:

    masya allah…. baru semalam lalu kawasan tu time maghrib,,,, pagi ni dgr citer ni… alhamdulillah xjadi pape… hujan renyai2 semalam…mungkin jalan licin,.. kenderaan laju,,, kadang2…. bas, lori xpadan dgn besar… potong memotong bese je…

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold