Kristen Stewart Mengaku Robert Pattinson Kekasihnya

Pelakon Twilight berusia 21 secara tidak sengaja menyebut bahawa kekasihnya bernama Rob, orang “English” dalam temubual bersama wartawan GQ Britain. Namun Kristen masih berdolak dalih apabila diasak dengan soalan soalan berkisar tentang kisah peribadi dan cintanya. Siapa lagi pelakon English tu kalau bukan pasangannya dalam Twilight :) Hubungan intim dan mesra mereka dapat dihidu wartawan hiburan, nampaknya memang jelas sekali pasangan ini semakin rapat.

Kristen Stewart teruja adegan perkahwinan dengan Robert dalam Twilight Saga: Breaking Dawn – Part 1

Selama 3 tahun Kristen jugak menunggu-nunggu adegan dan babak babak  dalam scene perkahwinan Bella Swan dengan Edward Cullen, dia kelihatan teruja dan tak sabar melakonkan adegan dalam majlis pernikahan yang menggunakan paderi sebenar.

Bukan saja Kristen, malah pelakon2 lain seperti Robert Pattinson dan Taylor Lautner pun seronok untuk melihat adegan tersebut. Cuma dalam adegan ni, Jacob lakonan Taylor perlu beraksi sedih dan kecewa apabila mendapat tahu Bella akan berkahwin dengan Edward, kerana Jacob pun menaruh hati kepada Bella. Kesian Jacob. Walaupun Jacob sedih, tapi dia orang yang kuat menentang dan menghalang pembunuh yang cuba membunuh anak Bella dan Edward nanti..menarik kan.

Komen Robert Pattinson pulak,

Dalam upacara perkahwinan itu, kami menggunakan khidmat paderi sebenar,” kata Pattison ketika sidang akhbar di Stockholm, Sweden, semalam. “Jadi, secara teknikalnya, saya sudah berkahwin dengan Kristen. Kami melakukan setiap upacara keagamaan dalam perkahwinan itu. Kami memang belum berkahwin dari segi undang-undang, tetapi dari segi agama, kami sudah menjadi suami isteri,”

Pattison memberitahu babak intim dalam filem Twilight yang bakal ditayangkan kelak adalah detik sukar untuk dilakonkannya.

“Adegan seks untuk filem itu adalah yang paling sukar.

“Terdapat kira-kira 20 orang dalam set penggambaran ketika itu. Babak berkenaan cukup romantis dan tidak boleh dilakukan mengikut skrip semata-mata, jadi kami berasa gementar ketika melakonkan adegan itu. Saya dan Kristen amat bimbang mengenai bentuk tubuh kami yang akan dipaparkan dalam kamera. Kami rasa malu.”

Video temubual wartwan dan Kristen

Sinopsis siri Twilight Saga Breakind Dawn Part 1, boleh baca sini.

Trailer Twilight Saga: Breaking Dawn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Kristen Stewart Mengaku Robert Pattinson Kekasihnya”

  1. titan says:

    hoho..dah kahwin dalam filem??
    titan recently posted..Komisen ke 3 dari RO2.biz

  2. akubiomed says:

    Tentu cerita Twilight yang terakhir ini dinantikan kemunculannya nanti

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold