Kontoversi Pemilihan Jurey Latif Sebagai Pengarah Harapan di FFM

Sebelum siaran secara langsung FFM 24 ada sedikit kontroversi apabila ada pihak yang tidak puas hati dengan pemilihan Jurey Latif pengarah filem Libas yang telah memenangi kategori Pengarah Harapan FFM 24. Mereka yang tidak puas hati dengan pemilihan itu secara terang-terang meninggalkan majlis fasa pertama penyampaian 10 kategori.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang hadir merasmikan acara tersebut, tindak -tanduk pihak yang tidak puas hati sedikit sebanyak mencacatkan majlis dan dilihat sebagai tidak menghormati majlis.

Pihak yang tak puas hati dan dikatakan mengamuk di majlis itu ialah pengarah kontroversi Raja Azmi. Raja Azmi tidak puas hati apabila filem …dalam botol tidak menang, bagi Raja Azmi Khir Rahman layak untuk menang berbanding Libas yang mengecewakan.

Raja Azmi secara terang mengatakan keputusan itu adalah berdasarkan pilih kasih.

Petikan dari gua:

Pengarah kontroversi, Raja Azmi mengejutkan beberapa jemputan yang hadir ke majlis perasmian Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24), malam tadi apabila beliau secara tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dalam keadaan tidak berpuas hati sebelum meninggalkan majlis tersebut.
Tindakannya itu telah menarik perhatian beberapa penggiat seni dan media yang berada di sekelilingnya kerana pengarah ‘…Dalam Botol’ ini bercakap dalam nada yang kuat seolah-olah beliau sedang memarahkan sesuatu. Antara perkataan yang didengari oleh para media yang hadir ialah “Tak faham, tak faham…Festival filem ini. Kelakarlah, kelakar.”

Filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios yang mendapat pencalonan tertinggi dengan 12 kategori meraih tiga trofi pada malam Anugerah Gemilang Cipta menerusi Lagu Tema Asal, Kesan Visual dan Poster Terbaik.

Edry Abdul Halim yang ditemani abangnya, Norman, berkata ia kemenangan sungguh manis apatah lagi pemilihan juri sejajar dengan pendapat umum yang sebelum ini menghargai karya mereka.

Bintang filem Cun, Nadiya Nisaa pula meraih trofi Pelakon Harapan Wanita mengenepikan Shera Aiyob (Karak), Syamira Azmil (Karipap-Karipap Cinta), Shamimie Amalina (Klip 3GP) dan Sara Ali (Nur Kasih The Movie).

Senarai Pemenang FFM 24

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Kontoversi Pemilihan Jurey Latif Sebagai Pengarah Harapan di FFM”

  1. APAN says:

    haha…baru samseng buat mcm ni…

  2. APAN says:

    sis…xtau la ko pasan ke x…comment luv ko ni cam dah x boleh pakai je…asek error je…just nak inform :)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold