Komen Chef Wan Tentang Kelayakan/CV Palsu Chef Riz

Chef  Wan seorang selebrti terkenal dan selalu diminati menjadi icon dan orang terkenal dan sebagai bapa dia juga kecewa dengan apa yang telah berlaku dalam isu yang sedang hangat diperkatakan mengenai anaknya Chef Riz. Sebelum ni Chef Riz didakwa telah memalsukan kelayakan atau cv dengan menulis secara berlebihan dalam profil untuk juri Masterchef.

Chef  Wan sebagai bapa kepada Chef Riz telah mengeluarkan kenyataan di Facebook mengenai isu tersebut:

“Pagi ini saya dimaklumkan mengenai isu CV Chef Riz yang tidak tepat di laman Masterchef Malaysia. CV tersebut menyebut pengalamannya bekerja di luar negara walaupun tiada satu yang betul. Saya memberitahu dia yang perkara ini bukan sahaja memalukan dirinya & keluarga, dia juga perlu meminta maaf kepada orang ramai dan menerima kesan terhadap apa sahaja kelakuannya,”

“Populariti & berbakat akan membuatkan ramai orang tidak senang duduk dan cuba mencari kesalahan kita. Jadi, apabila Chef Riz ‘propakan’ CV-nya dengan ‘asam & garam’, dia memerangkap diri sendiri. Padan muka-lah dia!”

“Saya sentiasa berpesan kepada Chef Riz supaya jujur, tapi situasi ini amat buruk, lebih buruk daripada seorang pelajar yang kantoi berbohong di dalam kelas. Sebagai seorang dewasa, Chef Riz sepatutnya menjadi model kepada kanak-kanak. Sekarang, apa boleh buat sebab nasi sudah jadi bubur, memalukan!

“Sebagai seorang bapa, saya tak boleh sentiasa bertanggungjawab dengan kelakuan anak-anak saya yang dah besar ni. Sudahlah hidup saya penuh dengan dugaan, tekanan & tanggungjawab, secara peribadi perkara ini membuatkan saya berasa agak sedih.”

Chef  Wan tetap memberikan peluang kedua kepada anaknya untuk memperbaiki kesilapan. Chef  Wan merasakan isu ini tidak perlu diperbesar besarkan lagi kerana sebagai manusia biasa , manusia selalu melakukan kesilapan.

“No doubt what my son did was absolutely wrong but as a human being like so many of us yang ada anak atau pun diri kita yang suatu ketika pun pernah bercakap bohong as we are human being and tak lari dari kesilapan offcourse i want him to be given a second chance.

“Allah tu pun bolih beri manusia so many many chance sampai nak habis nyawa kita pun masih ada lagi chance nak bertaubat and who the hell are those people out there yang terlebih lebih nak marah,maki hamun and nak suruh my son di hukum berat, di keluarkan dari Masterchef when Astro has said that they accept his mistake and forgive him and honestly pilih my son semasa audition base on his talent i REPEAT NI TALENT Faham? bakat dia memasak and they way he handle the whole show and his talent opening his own restaurant jugak.Dah TERANG LAGI NAK SULUH LAGI KE? Atau just being stupid and Ego!”

“From the past experienced of this masterchef Malaysia we have seen even the most experienced chef can be a piece of Kayu Tunggol and boring nak mampus and everyone was complaining about it.

So Astro try to balance the show by adding a young chef like my son who has the passion for cooking and can be and WILL BE SUCCESSFUL no matter how u guys want to being him down as i believed semua ini kerja ALLAH.”

If dia dah memohon maaf and Astro has accept that and u cannot forgive him itu u punya pasal la!I believed when the spirit is so high and we are willing learned from our past mistake and change ourselves and do our best we will achieve menara gading akhirnya and excell and all this negative energy can just go to Hell!”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Komen Chef Wan Tentang Kelayakan/CV Palsu Chef Riz”

  1. yas says:

    Kalau dah chef yg berstatus artis…bila kantoi je, jenuh la nak menjawabnya….hehehe:)
    yas recently posted..Pesan aku untuk Zaidy (Nabila Amy Search) ~ Sabo je la bro….

  2. zik says:

    yang penting chef wan pun professional… apepun kena jujur ..jangan ovedose…
    zik recently posted..Keputusan perlawanan acara bola sepak Sukan Sea 2011(indonesia)11/11/11

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold