Kedudukan dan Markah Terkini Undian Maharaja Lawak Mega (MLM)

Maharaja Lawak Mega dijangka akan menyingkirkan 5 peserta yang berada di kedudukan yang terendah pada minggu ketiga , Jumaat depan. Lima peserta yang mendapat undian terendah itu ialah kumpulan COMEL, SYOK, ANJE, RAP, GEBU, LANUN dan CAER.


Peserta MLM Boboi, Bawel, Bawal Power, Adlin Aman Ramlie dan Pi Mai terselamat daripada penyingkiran itu kerana mereka memperolehi markah teratas daripada keseluruhan 17 peserta pertandingan ini.

Kedudukan markah peserta MLM:

Kumpulan duo Boboi yang dianggotai Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik mendapat markah paling tinggi iaitu 61 markah.

Bawel (58 markah),

Bawal Power (57 markah),

Adlin Aman Ramlie (57 markah)

Pi Mai (57 markah).

Minggu ni saya sangar teruja dengan persembahan dari Adlin Aman Ramli yg menari tarian klasik duk cerita pasal kecurangan jantan jantan tak guna :) , selain tu kumpulan yang selalu memberikan yang terbaik ialah Pi Mai dan Bawel Power, tu antara kumpulan kegemaran saya.

Kesian dekat Bob Kuman yang terpaksa dimasukkan ke wad kerana Obesiti. Bob kuman ialah peserta dalam kumpulan Bawal Power(BP bersama dengan rakannya Sobri. Mereka mendapat undian ketiga tertinggi buat masa ni.

Semangat Bob tetap kuat untuk meneruskan perjuangan dalam maharaja lawak mega walaupun dia tidak sihat dan Sobri terpaksa berulang alik ke hospital ropicana Medical Centre, Petaling Jaya untuk buat latihan dengan Bob demi impian mereka nak jadi juara MLM. Hadiah pun menarik sgt2. Pemenang pertama atau juara MLM akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM350,000.

Semoga Bob kuman bersemangat jugak menurunkan berat badannya nanti.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Kedudukan dan Markah Terkini Undian Maharaja Lawak Mega (MLM)”

  1. Boboi ler yg menang kot?.. paling funny skali pd pendapat kawe :D

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold