Kedatangan Kimora Dapat Sambutan Hangat di Malaysia

Kimora Lee tiba di Malaysia pada 4 November, kehadiran bintang realiti tv dan fesyen itu mendapat sambutan hangat dia dikerumuni peminat peminat. Lebih menarik, Kimora telah belajar bercakap dalam bahasa Malaysia sejak seminggu dan selalu berkomunikasi dengan peminat di Malaysia di laman twitter sebelum datang ke Malaysia.

Petikan berita :

Bekas peragawati tersebut hadir ke parti di Sage Restaurant and Bar dekat Gardens Residences anjuran Universal Studios International.

Beliau hadir di Malaysia untuk meraikan acara yang dinamakan High Heels Warrior dan turut mengambil kesempatan berjumpa dengan ratusan peminatnya di negara ini dalam majlis tersebut.

Ia merupakan salah satu program dalam siri jelajah di Asianya yang bermula beberapa hari lalu dan beliau akan berada di negara ini selama tiga hari.

Kehadirannya di majlis tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada para peminat yang menjerit memanggil namanya dan berebut untuk mendapatkan peluang bergambar dengan wanita Amerika berdarah campuran Afrika-Korea tersebut.

Beberapa peminat juga dilihat membawa beberapa hadiah untuk diberikan kepada beliau yang melawat Hong Kong sebelum tiba di Malaysia.

“Saya sangat gembira berada di sini dan telah berlatih untuk bercakap dalam Bahasa Malaysia.

“Saya telah berkomunikasi dengan peminat dari Malaysia secara aktif di Twitter sejak seminggu lalu supaya dapat tahu beberapa lagi perkataan Bahasa kebangsaan negara ini,” katanya.

Kimora, 36, menjadi terkenal selepas membintangi rancangan realiti TV sendiri bertajuk Kimora: Life in the Fab Lane di siaran E! Entertainment.

“Saya ingin menyeru semua wanita di luar sana supaya berusaha untuk mencapai impian mereka dan melakukannya bersungguh-sungguh,” katanya.

Rancangan tersebut yang memaparkan kehidupannya sebagai ibu dan pemilik bersama kepada jenama pakaian KLS dan Baby Phat menaikkan namanya sebagai selebriti dan usahawan wanita di seluruh dunia.

GAMBAR KIMORA LEE dan Datuk Siti Nurhaliza

sumber: mstar online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Kedatangan Kimora Dapat Sambutan Hangat di Malaysia”

  1. Juan says:

    errrr, x kenal la, maybe sebab saya dah la sangat x tengok tv

  2. akubiomed says:

    Kimora betul-betul business woman really mean business. Tidak sanga pula beliau mempunyai fan yang besar di Malaysia. Saya dapatkan merasakan aura kejadiran beliau.
    akubiomed recently posted..Permainan Congkak tradisional tidak luput dek zaman

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold