Gambar Perkahwinan Dira Abu Zahar dan Helmi

Dengan tiga kali lafaz, pelakon Khaidhirah Abu Zahar atau Dira Abu Zahar ( pengacara Melodi), 27, sah bergelar isteri kepada pengarah fotografi Mohd. Helmi Mohd. Yusof atau Helmi di kampung halaman pengantin perempuan di Merlimau, Melaka, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Masjid Merlimau Pasir, Melaka, Mat Yamin Long kira-kira pukul 4.16 petang dengan mas kahwin sebanyak RM 7777.77.

Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Dira menerima wang hantaran sebanyak RM 17,171.71 dengan sembilan dulang hantaran iaitu iPad, beg tangan, kek, helmet, telekong, sejadah, sirih junjung, mas kahwin, cincin dan wang hantaran.

Manakala, pihak Helmi menerima 11 dulang antaranya coklat, jam tangan, kek, helmet, AlQuran, sejadah, Mac Book, kurma, buah-buahan, kasut, baju, sirih junjung dan set kelengkapan diri.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Anizam Yussof manakala wajah Dira disolekkan oleh Zamri Zainol.

Sementara itu, majlis resepsi selebriti popular ini bakal berlangsung pada 13 November 2011 bertempat di Lanai@Matic, Jalan Ampang, KL.

Gambar perkahwinan Dira Abu Zahar dan Helmi

sumber berita Mstar online

Gambar dari d unite art, creative studio

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Gambar Perkahwinan Dira Abu Zahar dan Helmi”

  1. TRIGYY says:

    gambar yang ni lawa-lawa jgk.. nice shoot.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold