Filem Misteri Sempena Tarikh 11.11.11

Tarikh ni jugak dikatakankan misteri bagi yang mempercayainya, bagi orang Islam tak payah la kita duk percaya sangat benda2 camni. Ada satu filem misteri dikeluarkan pada 11.11.11, tengok filem sudah la ye. Tarikh ni pun ramai buat kenduri kahwin, buat tarikh tunang dan macam macam lagi. Ada yang nak menikah jam 11 11 minit 11 saat..hehe nak wang hantaran 11,11,11.11 mas kawen 111..perghh dasat!! Tarikh ni terjadi sekali dalam 100 tahun, ramai tak mau melepaskan peluang ni kan.

No 11.11.11 atau 111111 x 111111 = 12345654321. Cuba darab tengok betul dak. Ini misteri no memang caya, seronok main dengan no ni.

Ok sudah citer pasal ni mai nak cite pasal filem2 pada tarikh hari ni 11.11.11

Antara filem yang dikeluarkan pada tarikh ni ialah filem misteri dan seram 11.11.11

Filem ni mengisahkan tentang seorang penulis Amerika bernama Joseph Crone yang kematian isteri dan anakny akibat dibunuh. Selepas itu dia selalu diburu dengan bayangan nombor 11. Dia akhirnya sedar yang nombor 11 bukan sekadar nombor sahaja tapi ianya satu amaran dan ancaman kepada dunia.

Trailer filem seram 11.11.11

Filem Immortals ni tak misteri tapi nampak trailer dia macam best , lihat sinopsis..

Immortals ialah kisah purba Greece mengenai kisah perwira yang mencetuskan peperangan ke atas Dewa Gagah Perkasa untuk menyelamatkan manusia. Pelakon utama atau hero dilakonkan oleh Henry Cavill memegang watak Thesues dan heroin pulak dilakonkan oleh Freida Pinto (watak  Puteri Pheadra).

Tengok trailer memang gempak dengan kesan2 khas dan aksi aksi lawan yang mendebarkan.

Filem Immortals

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold