Filem Khon Malay (Faizal Hussein Berlakon dengan Isterinya)

Pelakon Faizal Hussein kembali diburui oleh wartawan dan media, lama jugak Faizal menyepi ye, sekarang dia ada banyak filem filem baru, yang terbaru Abu Ya, filem Bunohan pun sudah semakin mendapat liputan dari wartawan luar negara. Lepas ni Faizal Husein ada 3 lagi filem baru duk menanti iaitu Filem Taiko, 1945 (Faizal berlakon dengan Wilma Mohamad) dan filem Khon Malay (dia berlakon bersama isteri Suhaila dan dua anaknya, Fazryn, 6, dan Fazrick, 3.) Pelakon kontroversi pun ada dalam filem tu iaitu Zarina Anjoulie Lavocah. Dalam poster ada gambar Fasha Sandha jadi peninju.

Dari pengarah Imran Ismail, penerbitnya Dr Rozmey , filem Khon Malay, sebuah filem aksi berprofail tinggi, telah pun memulakan pengambaran pada 16 November.

Dalam media hiburan ada melaporkan, para pelakon dalam filem Khon Malay ni ialah Fasha Sandha, Zarina Anjoulie, Murad Zaidi, Man Bai, Zed Zaidi serta penampilan istimewa Rosyam Nor, Lana Nordin dan Hail Amir.Pengambaran 60 % didadakan di penjara, ini merupakan filem kedua terbitan Dr Rozmey selepas 2 Alam.

Poster Khon Malay



Hail Amir pun ada hehe, lama tak tengok pelakon lama ni berlakon ye.

Dari pengarah Imaran Ismail, sikit sinopsis Khon Malay, mengisahkan tentang sebuah keluarga keturunan Siam yang tinggal di sebuah kampung di Pendang , Kedah.  Sejarah keluarga itu ialah mereka membenarkan anak lelaki sulung  mereka tinggal dengan sebuah keluarga Islam dan dididik hingga membesar dengan ajaran Islam, dan mereka merestuinya.

Keluarga Siam itu masih ada anak lelaki dan perempuan yang dijaga dan membesar dengan cara mereka sendiri. Dua anak mereka mempunyai impian dan hasrat berbeza setelah dewasa.

Filem ini jugak menceritakan dunia tinju yang boleh jugak dimonopoli oleh anak gadis. Anak perempuan mereka bernama Chyintia membesar menjadi peninju wanita terkenal dan menaikkan nama Malaysia.

Dalam poster ada gambar Fasha jadi peninju, mungkinkah Fasha jadi Chyintia.

Isteri dan anak Faizal Hussein pun ada turut berlakon dalam filem ni..mesti mereka jadi keluarga dari Siam tu agaknya. :)

p/s: Khon Malay bermaksud orang Melayu/orang malaysia.

Wilma Mohamad (gambar terkini) berlakon dalam filem 1945 bersama Faizal Hussein

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Filem Khon Malay (Faizal Hussein Berlakon dengan Isterinya)”

  1. Miziey says:

    woah~ cam best jek.. nak tengok ah..

  2. hoh si engjuling pun blakon jugak eh. hehe… terer x dni sebut nama dia :p

  3. Ummi Hanie says:

    hmm.. mcm menarik …

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold