Fauzi Nawawi Nafi Curang, Lapor Polis Jika Pihak Terbabit Tak Mohon Maaf

Fauzi Nawawi menafikan sekeras-kerasnya berkaitan isu dia curang dengan isterinya Lisdawati seperti yang didakwa oleh sebuah media hiburan. Laman web hiburan terbabit menyiarkan screen shot mesej dari Blacberry yang kononnya kepunyaan pelakon Fauzi Nawawi memaparkan perbualan dia dengan kekasih gelapnya.

mesej bbm yang konon dari bbm Fauzi

Ekoran dari gosip yang dianggap fitnah oleh Fauzi, dia tak teragak-agak untuk membuat laporan polis jika blog hiburan itu tidak memohon maaf.

Apa komen Fauzi:

“Itu memang bukan saya. Saya memang tak pernah ada kekasih kat luar. Setakat nak tukar nama dan gambar, ia boleh dibuat pada bila-bila masa pun. Sudah tentu sesiapapun boleh menyamar jadi saya. Bagi saya, itu mungkin orang lain yang memang tak suka dengan saya. Jika dia berani menyentuh hal rumahtangga saya, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.”

“Saya dah lihat screenshot itu. Ada salah satu kenyataan kononnya saya tulis ‘Kak lis’. Saya tak pernah bahasakan diri isteri saya Kak Lis. Saya selalu panggil dia Lis atau Ayang. Secara logiknya, takkan saya nak tulis Kak Lis, lebih baik saya tulis isteri saya saja. Lis dah tahu mengenai perkara ini dan dia hanya ketawa saja,” ujar Fauzi yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran telemovie ‘Sebelum Lima Perkara’.

“Saya tak pernah kongsi masalah rumahtangga saya dengan ibu atau ibu mertua saya. Inikan pula saya nak cerita kepada orang luar mengenai hal rumahtangga saya. Saya ingin tegaskan bahawa rumahtangga saya dengan Lisdawati bahagia.

“Saya anggap ini semua dugaan. Lagipun, ini bukan kali pertama saya kena macam ini. Sebelum inipun saya pernah kena kononnya mengenai video saya dengan Ida Nerina. Apa-apapun, jika ia melibatkan maruah, saya memang akan membuat laporan polis. Saya juga tidak teragak-agak untuk menyaman blog yang mengeluarkan artikel tersebut jika mereka tidak memohon maaf kepada saya.”

Lisdawati tak terkejut isu Fauzi Curang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold