Fauzi Nawawi Curang? Lisdawati Tak Terkejut

Sebuah media hiburan memaparkan mesej yang kononnya diambil dari Blacberry Messenger Fauzi Nawawi menunjukkan Fauzi sedang berkomunikasi dengan seorang wanita yang dikatakan kekasih gelapnya.

Dalam paparan skrin shot itu tertera gambar Fauzi Nawawi, antara mesej di dalam Bbm tu ialah

“Dia memang pentingkan emak dan adik-adik dia lebih dari suami, sebab itulah I terfikir nak kahwin lagi satu.”

Kalau benarlah seperti apa yang tertulis di paparan skrin tersebut dan ia milik Fauzi Nawawi, ia sesuatu yang menggemparkan kerana pasangan tersebut telah banyak kali menafikan wujudnya keretakan dalam perkahwinan mereka.

Komen Lisdawati:

“Saya tidak terkejut dengan perkhabaran itu, sebaliknya rasa begitu kelakar,” kata pelakon, Nisdawati Nazaruddin (Lisdawati), 32, selepas ditanya mengenai suaminya, pelakon, Fauzi Nawawi, 38, didakwa mempunyai ‘kekasih gelap’.

Lisdawati berkata, dia langsung tidak terkejut biarpun diberitahu mengenai cerita kurang enak membabitkan suaminya semalam, sejurus satu blog hiburan melaporkan Fauzi Nawawi kini mempunyai kekasih gelap.

“Saya seorang yang mudah… kalau memang betul Fauzi ada gadis baru, wanita lain atau pun skandal, silalah kedua-duanya tampil ke hadapan. Saya janji demi nama Allah, saya tidak akan marah mereka, cuma saya nak tanya kedua-dua pihak, betul ke korang (kamu berdua) ni skandal? Apa yang korang (kamu) nak? Itu je,” katanya ketika dihubungi, semalam.

“Saya tak boleh menerima kebenaran tanpa bukti yang kukuh. Sudah-sudahlah membuat gosip kerana orang tidak mengenali Lisdawati dan Fauzi,” katanya yang menganggap cerita disampaikan itu kurang bijak.


Fauzi Akan Lapor Polis Jika Blog Hiburan tak Mohon Maaf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Fauzi Nawawi Curang? Lisdawati Tak Terkejut”

  1. titan says:

    hoho..kita tunggu dan lihat ajelah ye..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold