Aaron Aziz buat pertama kali mengarahkan sebuah telefilem bertajuk Kekasih Awal dan Akhir dan akan ditayangkan pada 9 November jam 8.30 malam. Aaron bukan saja berlakon dalam telefilem ini tapi jugak ada syarikat sendiri iaitu Aaron Aziz Production, telefilem ini pun di bawah syarikatnya. Aaron semakin melebarkan sayapnya di Malaysia dalam bidang pengarahan pulak. Syabas Aaron.

Pelangi takkan menjadi tanpa hujan ( ehh..teringat masa Seth Tan tengok pelangi dgn Nora Elena hehe!!)
Para pelakon dalam telefilem ni: Fauziah Ghaous dan Siti Saleha

Telefilem Kekasih Awal dan Akhir ni untuk saluran Media Prima, jadi kalau tayang 8.30 malam tu, bukan kat tv3 le, tapi kat saluran tv9 . Sama sama kita tunggu nanti bagaimana hasil buah tangan Aaron Aziz.
Sinopsis Kekasih Awal dan Akhir:
‘Kekasih Awal dan Akhir’ ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Gous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat.
Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung.
Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi.
Cerita cinta ni nampak mudah dan klise kan, kisah cinta 3 segi, kekecewaan..bla bla…. Pandai Aaron Aziz ambil pelakon Siti Saleha pasangan keramatnya..hehe tau tau je orang nak tengok pasangan ni berlakon lagi di layar perak
Pelakon yang sama turut membantu :
Dian P Ramlee, Zulkifli Ismail, adik Syazana dan Den Sabar.
Macam mana rupa Aaron Aziz jadi pelajar IPT ni hehe..nampak macam dah buleh jadi pensyarah..:) mungkin juru make up artis nak makeupkan muka Aaron supaya jadi muda 10 tahun hehe!! jangan mare bang long..
Memang saya menanti-nanti jugak Siti Saleha yang cun berlakon dengan Aaron Aziz..suka sangat!! Awal dan Akhirah = Kekasih Awal dan Akhir.
Artikel lain:
Aaron Aziz dalam drama termahal arahan Steven Spielberg Terranova
Akan datang TENTANG DHIA 9 Nov tv3 ganti Sofiyya (Sinopsis Penuh )
November 4th, 2011
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

Agak-agak lagu Jamal Abdillah jadi lagu tema tak?
akubiomed recently posted..Tutorial penyelesaian Link CommentLuv tidak keluar
macam tak sesuai je AA jd student IPT… huh… patut cari pelakon yg lebih muda la..
hoho..ni student IPT tua nih. haha..
titan recently posted..Komisen ke 27 dari Paid-to-Promote.net
kuch kuch hota hai pulak..hehe
owh siti saleha berlakon sekali lah ek… untunglaaa..
zik recently posted..Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1432H (2011)
nora elena cute nye. Aron tua dah utk jd student hehe
Lagi GAMBAR APEK dan Dahlia di Werner TERBARU panas!!!!
http://kopipanas2u.blogspot.com/2011/11/lagi-gambar-khairul-fahmi-che-mat-apek.html