Drama Bersiri Terra Nova Termahal

Drama bersiri Terra Nova sudah ditayangkan pada 29 Oktober lalu, di saluran astro 710 dibawakan dalam dwi bahasa( BM dan BI). Drama ni arahan penagarah terkenal Steven Spielberg (menerbitkan Saving Private Ryan, Jurassic Park dan E.T dan Terranova sendiri). Paling menarik, drama ini mengambil juga pelakon dari Malaysia iaitu Aaron Aziz, Rosyam Nor, Vanidah Imran, Sharifah Amani dan Zahiril Adzim sebagai suara bagi watak2 dalam drama itu.

Terra Nova menyajikan jalan cerita yang menarik kerana ia menggabungkan beberapa eleman yang ada dalam drama Lost dan filem blockbuster Hollywood Jurassic Park dan Avatar. Terra Nova diterbitkan oleh 20th Century Fox Television, Chernin Entertainment, Dreamworks Television dan Kapital Entertainment.

Secara keseluruhan, drama bersiri sebanyak 13 episod ini menelan belanja sebanyak RM219 juta di mana episod pertamanya menelan belanja RM63 juta.


Sinopsis dan jalan cerita Terra nova

Terra Nova bertitik tolak tentang keluarga Shannon yang hidup pada tahun 2149. Kehidupan di planet Bumi yang semakin diancam kepupusan akibat pencemaran udara dan pertambahan penduduk yang semakin di luar kawalan. Jim Shannon  tekad membawa keluarganya ke sebuah tempat bernama Terra Nova.

Pakar sains di Hope Plaza di Chicago menemui cara bagi membolehkan manusia meneroka terowong masa 85 juta tahun lampau, di zaman pra sejarah.

Keluarga Shannon yang terdiri daripada Jim, Elisabeth dan tiga anak mereka, Josh, Maddie dan Zoe menyertai misi penghijrahan ke Terra Nova menjadi koloni manusia pertama di sana. Di sana, keluarga Shannon perlu berhadapan dengan dinosaur yang mengancam kehidupan dan ancaman dari koloni serpihan yang mempunyai agenda rahsia.

Sebenarnya, Terra Nova merupakan kawasan larangan, namun disebabkan kehidupan di dalam Terra Nova dipenuhi dengan keindahan natural.

Suara bagi watak watak dalam Teranova:

Rosyam Nor sebagai Commander Nathanial Taylor, Vanidah Imran (Elisabeth Shannon), Aaron Aziz (Jim Shannon), Sharifah Amani (Maddy Shannon) dan Zahiril Adzim sebagai Josh Shannon.

Artikel lain:

Drama arahan pertama Aaron Aziz “Kekasih Awal dan Akhir)

Video

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Drama Bersiri Terra Nova Termahal”

  1. akubiomed says:

    Terlepas menonton semasa tayangan Perdana tempoh hari harap dapat menonton siri ulangan nanti

  2. kawe tgk kojap jer ari tu.. Kureng minat dgn citer mcm ni…

  3. puanbee says:

    salam,

    tak tengok pula , nanti ada ulangan tengok kot kalau terserempak :)

  4. titan says:

    memang terbaiklah drama ni. tunggu lama sikit. mesti ada yang kaki upload nih. hehe..
    titan recently posted..Komisen ke 27 dari Paid-to-Promote.net

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold