Chef Riz Palsukan Kelayakan Juri MasterChef, Chef Riz Minta Maaf

Laporan dari The Malaysia Insider ni memang agak memranjatkan, Chef Riz yang menjadi juri di dalam rancangan masakan di Astro Masterchef Malaysia dikatakan telah memalsukan kelayakan atau cv nya seperti yang tertulis di laman web Masterchef Malaysia di bahagian profil Chef yang menjadi juri.


Selepas laporan itu dikeluarkan di The Malaysian Insider, pihak Astro telah mengedit semula profil Chef Riz. Seorang jurucakap Astro hari ini telah menafikan ia bertanggungjawab menulis untuk profil Chef Riz. Wakil tersebut ada memberitahu pihak TheMalaysian Insider yang semua butiran halaman tersebut diberikan oleh Chef Riz. Pihak Astro akan membuat kenyataan rasmi mengenai perkara itu kelak.

Ekoran dari itu Chef Riz telah meminta maaf kepada penonton dan pihak Astro telah menerima baik penjelasan dari beliau mengenai kelayakan dan profil sebeum ini.
Pindaan dibuat kira-kira jam 9 pagi tadi setelah laman The Malaysian Insider mengeluarkan berita mengenai Chef Riz palsukan kelayakan.


Chef Riz di dalam profil baru ditulis sebagai  pelatih “di bawah bimbingan Chef de Cuisine di restoran yang terkenal Itali (Babbo) di New York, yang dimiliki oleh selebriti Chef Mario Batali, dan merupakan pelatih di bawah bimbingan daripada Chef Sous di Le Bernadin , New York, restoran tiga bintang Michelin yang dimiliki oleh Eric Rupert.






Profil sebelum diedit:

Chef Riz akui ada kesilapan dalam profil kelayakannya





Chef Riz dikatakan sebagai  “sous-chef” di Le Bernardin di bawah Chef Eric Rupert – Food Channel Asia “avec Eric” .

A sous-chef adalah yang kedua yang memberi arahan di dapur dan secara langsung membantu ketua chef.


Kedua-dua restoran telah menafikan Chef Riz telah bekerja dengan mereka.

Tetapi Chef Riz mengegaskan beliau pernah bekerja di kedua-dua cawangan seperti yang dinyatakan dalam profil laman web Masterchef Malaysia  ketika dihubungi semalam melalui panggilan telefon.

“Saya pernah berada di sana (Babbo) selama setahun, dari Januari 2005 hingga Disember 2006. Saya berehat sementara sebelum menyertai Le Bernardin selama dua tahun. Saya berada di sana dari Mac 2006 hingga Julai 2008.


Pihak The Malaysia Insider mendapat satu email dari Pamela Lewy, Communication Director – Mario Batali, menyatakan tiada nama Mr Nadzri di dalam senarai staff Babbo. (gambar)




Tadi masuk jugak laman web Masterchef dah jadi pendek dah profil Chef Riz.


Last update:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Chef Riz Palsukan Kelayakan Juri MasterChef, Chef Riz Minta Maaf”

  1. APAN says:

    haha…nampak muka baik je.ada gak tengok citer masak2 ni kat kampong haritu…terang2 boleh kantoi.nak gempak2 sangat.haha…
    APAN recently posted..Rabu Yang Bisu #17 – Apam Balik Pondan

  2. nuriz says:

    dia mengaku silap dah, emm zaman la ni cepat je org dapat cari info ye, wartawan pun gigih gak nak siasat hehe

  3. moktar says:

    nape la nak tipu2 cakap je la yang benar kan bagus, walaupun pahit ..tapi aku tabik la dia mnegaku jugak silap dia

  4. masak2chef 2 says:

    apa pulak komen bapa dia ye chef wan sila la komen panjang skettt kantoiii!!! malu wehhh

  5. anne says:

    Ok aper Chef Riz komen dan jadi juri dalam tu..suka cara dia komen

  6. eszek says:

    info sekarang kat hujung jari ja
    jgn la nak tipu tipi ;)

  7. kopi says:

    betul tu sekarang zaman it beb sonang je

    lagi GAMBAR terbaru APEK dan Dahlis di Werners Bukit Bintang panass
    http://kopipanas2u.blogspot.com/2011/11/lagi-gambar-khairul-fahmi-che-mat-apek.html

  8. Pacifista says:

    kenapa la nak menipu.tak faham aku…
    Pacifista recently posted..Blogwalking dengan Pacifista

  9. yas says:

    Aikk…bia bebeno anak cef wan nih….
    yas recently posted..GuaBLOG!.Com ~ Revolusi Komuniti Blogger

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold