Cara dan Panduan Sembahyang Sunat Hari Raya Haji/Korban/Aidil adha

Panduan solat hari raya korban/hari raya haji atau sunat Aidil Adha.

Selamat menyambut hari raya korban kepada semua umat muslimin dan muslimat, di sini saya kongsikan cara cara atau panduan untuk kita solat aidiladha.

Solat Hari Raya  Aidil Adha hukumnya adalah sunat muakkad yang mana sangat-sangat dituntut. Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir 7 kali pada rakaat pertama, dan takbir 5 kali pada rakat kedua, yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut. Dan apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa.

Cara-cara

1.Niat ketika Takbiratul ihram

اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ للهِ تَعَالَي

Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala” (jika solat seorang diri).

اصَلِّي سُنَّة عيد الأضحي رَكعَتَينِ مأموما للهِ تَعَالَي

Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala” (jika ikut imam / jadi makmum).

2.Membaca doa iftitah.

3. Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.

4. Membaca fatihah dan surah al Akla.

5. Rukuk dan sujud seperti biasa

6. Iktidal dan bangkit berdiri dengan betul utk ( rakaat kedua ) . Takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.

7. Membaca fatihah dan surah al Ghasyiyah.

8. Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.

9.  Memberi salam.

10. Disunatkan takbir dan doa.

Peringatan:

Bacaan tasbih pada rakaat pertama dan rakaat kedua dimulakan lepas takbir yang pertama pada kedua -dua rakaat tersebut.

Ini bermakna bacaan tasbih hanya 6 kali pada rakaat pertama dan 4 kali pada rakaat kedua.

Bacaan surah al.Akla dan al.Ghasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut. ( tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Cara dan Panduan Sembahyang Sunat Hari Raya Haji/Korban/Aidil adha”

  1. Jajat says:

    Panduan yang lengkap, mudah-mudahan bermanfaat.
    Jajat recently posted..Panduan SEO

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold