Penduduk kampung Air Suda 2, Gerik, gempar dengan kelahiran anak kambing yang berwajah pelik pada hari Isnin lalu. Menurut menantu kepada pemilik kambing, Mohd Halim Mat Wahid, anak kambing itu berasal dari spesis kambing boer. Kejadian tu dianggap luar biasa kerana pemilik kambing Abd Karim 69 tahun, telah menternak kambing selama 20 tahun tetapi dia belum melihat kejadian pelik tersebur.

“Sebelum ini semua anak kambing di kandang ternakannya dilahirkan dalam keadaan normal dan kejadian pada kali ini memang mengejutkan ramai penduduk,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Mohd Halim, kelahiran anak kambing berkenaan disedari pada jam 8 pagi di kandang kambing bapa mertuanya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Fasa 2, Gerik-Kupang.
Walau bagaimanapun, kata Mohd Halim, anak kambing itu telah mati selepas beberapa saat dilahirkan dan telah dikebumikan di belakang rumah bapa mertuanya.
Katanya, kebanyakan penduduk yang berkesempatan datang dan melihat sendiri anak kambing itu mengatakan wajah peliknya agak menakutkan.
“Anak kambing itu dilahirkan oleh seekor ibu kambing yang berusia tiga tahun, dan kami tidak tahu kenapa wajahnya pelik kerana anak kambing yang lahir sebelumnya dilahirkan dalam keadaan normal.
“Faktor pemakanan tidak mungkin menjadi punca kerana ibu kambing itu diberi makan sama seperti kambing ternakan lain,” katanya.
sumber :sinar harian
November 27th, 2011
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

betui2 pelik nie,,,,jangan dok ada keprcayaan tahyul dah la pasal kambing nie lak….
nasique recently posted..Lagu "Negaraku" Lagu Sapa Sebenarnya?
pelik rupanya macam monyet.
eiela recently posted..Selamat Tahun Baru – 1433H
memang pelik sangat tu
kakyong recently posted..Mengimbau nostalgia : lagu Everlasting Love by Gerard Joling
ish pelik nih
Juan recently posted..Hijrah, Perlukah..
Sekarang ni dah banyak mende2 pelik kerap berlaku….mungkinkah ni satu tanda dr NYA??
Salam Maal Hijrah tuk Nuriz sekeluarga juga…..
yas recently posted..Aku Kepenatan…
Muka kambing ni macam muka monyet je..
dah tak lama dah bumi ni..
titan recently posted..Malam ini, Bahrain lagi kacak.
Tiada yang mustahil bagi Maha Pencipta. Tanda-tanda kebesaranNya.
amirulfaiz recently posted..Small green snake eating a cengkarung
Ada hikmah di sebalik kejadian.
akubiomed recently posted..Skodeng kapal selam di Pantai Klebang
kesian pulak tengok muka anak kambing macam tuh..
zik recently posted..Teknik belajar yang ringkas dan padat