Alex Yoong Penyumbang Pingat Emas ke 40 Sukan Sea ke 26

Kontijen Malaysia di Sukan Sea ke 26 Palembang Jakarta, telah pun mencapai sasaran minimum pingat emas. Sebelum ke Sukan Sea, Menteri Belia dan Sukan telah menetapkan sasaran 40-45 pungutan pingat emas untuk Malaysia. Pada Jumaat semalam, Alex Yoong telah menyumbangkan pingat emas ke 40 buat Malaysia dalam acara  luncur air kategori lelaki keseluruhan.

Dalam acara hari ini, Alex memperoleh mata tertinggi 1,000 masing-masing dalam slalom dan tricks, manakala dalam acara jumping, beliau sekadar mencatat 777.20 mata. Atlet luncur air Malaysia menyumbang empat pingat emas, tiga perak dan satu gangsa kepada kutipan pingat negara.

Terdahulu, Philippa, adik perempuan Alex, memenangi pingat emas keduanya dalam luncur air selepas menguasai kategori keseluruhan wanita.
Beliau meraih markah tertinggi dalam acara slalom dengan 1,000 mata, manakala bagi acara tricks dan jumping, beliau memperoleh 966.94 dan 532.85 mata bagi jumlah keseluruhan 2,499.79 mata.

Wakil Indonesia Gritiya Endhar Pupul membawa pulang pingat perak dengan 1,916.92 mata manakala Christina Sasha dari Singapura memenangi gangsa dengan 1,024.14 mata.

Atlet luncur air Malaysia menyumbang empat pingat emas, tiga perak dan satu gangsa kepada kutipan pingat negara.

Pungutan pingat emas Malaysia di Sukan Sea ke 26 setakat ini:

Pungutan pingat setakat ini buat Malaysia: 47 emas, 43 perak dan 63 gangsa (8.30 malam 19/11)

Kini Malaysia telah melepasi sasaran pingat emas yang ditetapkan. Tahniah Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Alex Yoong Penyumbang Pingat Emas ke 40 Sukan Sea ke 26”

  1. APAN says:

    ingat dia ni bawak kete racing je…ade main sukan lain gak….

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold