Adegan Panas Lesbian dipotong dalam Abu Ya

Filem Abu Ya diarahkan oleh Sam Ramly Imran Ismail dari team filem Jalang (yg penuh kontroversi jgk). Filem ni dah tayang semalam 10 November, pelakon utama Faizal Hussein dan Jue Aziz. Para pelakon lain dalam filem ni ialah Yank Kassim, Adrea Abdullah, Khir Mohd Noor, Sabree Fadzil dan ramai lagi.

Dengar2nya ada bebarapa adegan dan babak panas lesbian dan gay dalam filem tu yang dipotong kerana keterlaluan dan tak sesuai untuk ditayangkan umum. Kalau nak cerita bagi orang nampak keburukan dan mengambil sebagai panduan , rasanya memang tak payah le nak tunjuk adegan panas berkemban lah bagai ni..tak perlu pun..bagus la dipotong. Abu Ya ni macam cerita Ayah Pin kot sebab dalam bahasa arab Abuya ni maknanya ayah kan..dalam filem ni Abu Ya ada ramai isteri pulak tu..nak semacam je cerita Ayah Pin kerajaan langit tu..

Sinopsis:

Di sebuah kampung bernama Kampung Bukit Lalang yang terletak di sempadan Malaysia Thai,10 KM dari garisan sempadan Thailand. Seorang peniaga bernama Abu Zakaria telah datang ke kampung ini dan berkahwin dengan Rubiah seorang wanita kaya di kampung Bukit Lalang. Selepas itu Rubiah menghantarnya ke Turki untuk belajar ilmu agama, tetapi bila dia pulang ABU ZAKARIA membawa pulang seorang perempuan GRO berbangsa Turki yang dijadikan isteri keduanya. Kepulangannya ke kampung membawa sedikit perubahan pada dirinya.

Dia telah menyerapkan unsur- unsur penyelewengan serta menyesatkan sebahagian penduduk kampung itu. ABU ZAKARIA telah menubuhkan markaznya sendiri yang diberi nama MARKAZ KHALIFAH dan mengelarkan dirinya sebagai ABU YA. Sejak terdirinya Markaz Khalifah ini, semakin ramai pengikut dari berbagai bangsa, agama atau pun keturunan yang mengikut ajaran sesat ABU YA. Dengan kebolehan luar biasa yang dipelajarinya semasa di Turki itu membuatkan ABU YA lebih kuat dan berkuasa. Dia bernikah lagi dengan Adawiyah anak seorang pejuang pemisah PATTANI dan mempunyai seorang lag

dalam ni ada tulis kisah ni macam kisah Firi isteri bernama Suraya.

Kerana kesesatan yang melampaui batas segala kegiatannya telah diketahui oleh orang kampung dan pihak berkuasa Malaysia Thailand. Kehidupan songsang yang diamalkan oleh pengikut ABU YA telah menjadi daya tarikan dari golongan sampah masyarakat untuk menyertai kegiatan ABU YA. Markaz Khalifah bukan sahaja dijadikan pusat pemujaan tetapi juga menjadi pusat latihan perang yang lengkap dengan senjata api. Kisah ini bermula dari tahun 2002 dan telah dimusnahkan oleh pihak berkuasa Malaysia Thailand pada Julai 2005 atas kesalahan ingkar dan cubaan merampas kuasa dari Yang DiPertuan Agong.

Trailer

aun moden yang sesat dan melampuai batasan

Jue Aziz melakonkan adegan lesbian dengan seorang lagi pelakon

p/s: ada banyak lagi keindahan Islam yang boleh ditonjolkan dalam filem. Kenapa nak buat semua yang tak senonoh ni..nak cari untung ke dengan cerita2 dan adegan yang tak senonoh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Adegan Panas Lesbian dipotong dalam Abu Ya”

  1. yas says:

    Filem ni seolah2 menggalakan aksi2 lesbian ngan gay la plak…rosakkk…rosakkkk
    yas recently posted..Jom Teka ~ Ilusi mata

  2. lin azlina says:

    naperlamesti nk buat citer camtu erk..dari org xtau apa2 terus berkenan nk buat nnt..nk mencuba

  3. APAN says:

    karot je…nasib baik tengok immortals mlm tadi.walaupun mengarut, aksi tetap bes ma… :)
    APAN recently posted..Penyakit Dan Ubat Pada Sayap Lalat

  4. Juan says:

    tgk trailer dia mcm menarik, x membosan kan

  5. khai says:

    Sam Ramly bukan pengarahnya tetapi Imran Ismail…

    : REVIEW: ABUYA II: KESESATAN MELAMPAUI BATASAN

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold