Aaron Aziz Kena Menari dan Menyanyi dalam Badai Semalam

Pelakon Aaron Aziz sekarang berlakon pulak dalam teater muzikal yang akan dipersembahkan di Istana Budaya pada 11 November ni. Aaron Aziz akan bergandingan bersama Erra Fazira, dalam teter muzikal niĀ  Aaron akan bercinta dengan Erra. Pelakon lain yang turut sama menjayakan Badai Semalam ialah Umie Aida, Fizz Fairuz dan Ziela Jalil. Teater itu diadaptasi dari novel Khadijah Hashim dan akan dipentaskan selama 9 hari

Sinopsis Badai Semalam dan tempahan tiket

Aaron Aziz tak suka menari dan menyanyi

Aaron memang tak suka berlakon jika kena menyanyi atau menari dalam filem atau drama tetapi kali ni dia tak dapat lagi mengelak apabila terpaksa melakukan semua tu dalam Badai Semalam :)

“Saya memang tak gemar kalau ada adegan menari atau menyanyi. Selalunya memang saya tak akan menari atau menyanyi untuk mana-mana drama atau filem saya lakonkan. Tapi dalam teater Badai Semalam ada babak yang saya perlu menari dan menyanyi.

“Memang saya akui takut dengan babak tersebut kerana tarian bukanlah kepakaran saya. Perlu ingat langkah tarian dan sebagainya membuatkan saya sedikit risau,”

“Saya sudah biasa berlakon untuk drama dan filem, jadi apabila terlibat dengan teater memang wujud sedikit masalah. Mana taknya, kalau dalam drama dan filem kita berlatih dan terus menjalani penggambaran, tapi tidak dalam teater muzikal seperti ini.

“Dalam teater, kita perlu berlatih banyak kali dan kita perlu memastikan progresif kita itu kekal di sepanjang pementasan berlangsung yang memakan masa berhari-hari. Jadi saya sendiri tak boleh nak bagi sepenuhnya ‘feel’ watak itu sendiri semasa latihan. “Lagipun pula kita bukan robot, kita manusia jadi sekiranya saya jatuh sakit atau sebaliknya, pasti ianya akan menganggu yang lain,”

“Saya akui agak serik untuk berlakon teater. Bukan mahu menghampakan peminat, tapi tidak mahu mereka mengharapkan sesuatu yang lebih daripada saya. Kalau diberi pilihan saya akan elakkan, memandangkan sudah 11 tahun saya terlibat dalam bidang lakonan nyata saya lebih selesa untuk berlakon drama dan filem.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold