Yasmin Hani Bakal Kahwin Shahrin Blackrose

Yasmin Hani 32, pelakon Wasiat dan jugak pengacara di Astro tak lama dulu bakal berkahwin dengan Shahrin bekas pemain drum kumpulan Balckrose. Shahrin jugak bekas suami kepada pelakon Ida Nerina dan sudah ada 2 orang anak dari perkhwinan pertama, iaitu Narissa, 14, dan Arman, 8. Shahrin bercerai dengan Ida Nerina selepas 4 tahun berkahwin dan mereka tidak ada anak.

Yasmin Hani Ismail Richardson pernah dituduh menjadi punca keruntuhan rumahtangga Ida Nerina dan Shahrin selepas putus cinta dengan teman lelakinya sekitar tahun 2009.

Shahrin dan Yasmin Hani (gambar)

Persiapan perkahwinan Yasmin dan Shahrin atau nama sebenar Sha’arin Mohd Razali, kini sudah 80% siap. Yasmin sibuk menguruskan badan dan kerap ke gym bagi mendapatkan bentuk badan yang diingininya. Bagi Yasmin, memang orang nampak dia kurus, tapi dia masih lagi tak berpuas hati dengan bentuk badannya sekarang.

Bulan Oktober dipilih sebagai tarikh paling afdal buat dia dan pasangannya itu untuk mendirikan istana cinta yang menurutnya, majlis perkahwinan mereka juga hanya akan diadakan secara kecil-kecilan bertempat di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

“Syukur semuanya berjalan lancar setakat ini, baju, tempat, semua sudah ada dan majlis nikah dan sanding akan diadakan serentak di tempat yang sama pada hari yang sama.

“Maklumlah, sudah setahun hubungan antara kami dan biarlah majlis itu seringkas yang mungkin asalkan ia benar-benar bermakna, menggembirakan kami dan yang penting cukup semua syarat,”

“Insya-Allah saya akan cuba yang terbaik, tidak semua orang mampu memikul tanggungjawab itu dengan baik. Tapi apabila kita sudah sampai ke peringkat itu dan perlu melaluinya barulah kita boleh tahu sejauh mana keupayaan kita,”

Kenapa Shahrin jadi pilihan?

Hani berkata Shahrin seorang lelaki yang penyayang dan kelakar.

“Dia seorang yang susah untuk difahami, kadang-kadang keluarga dia sendiri tidak tahu perangai dia.”

Shahrin seorang yang sangat menyenangkan, sukakan muzik dan melancong seperti saya. Malah, dia juga pandai dan memiliki banyak ciri yang tidak ada pada saya dan senangnya kami melengkapi satu sama lain.”

Dia yakin keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia sekarang adalah masa yang paling tepat, malah dia menganggap kehadiran Shahrin bagaikan melengkapi lagi kehidupannya.

“Saya rasa usia sekarang adalah paling tepat kerana masing-masing sudah stabil dari segi ekonomi, sudah mampu untuk berfikir dengan matang dan mempunyai kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain.

“Lagi pula hati saya sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan menjalani kehidupan berkeluarga,”

Shahrin

Baju Pengantin Yasmin Hani

Yasmin Hani akan mengayakan busana dari Qamilla untuk majlis pernikahan manakala bagi majlis persandingan dia akan mengayakan baju daripada pereka fesyen Hatta Dolmat.

P/s: ramai betul artis dan selebriti melangsungkan perkahwinan mereka bulan 9, Faezah Elai, Azad dan Eira Syazira, Nabil dan Nazira, Memey dan Norman, dan Danny X factor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Yasmin Hani Bakal Kahwin Shahrin Blackrose”

  1. ProfHariz says:

    Secucuk ye sis diorg nie :P

  2. Esempoi says:

    elokla tu kawin cepat2..

  3. akubiomed says:

    Yasmin pun sudah lanjut umurnya kena cepat-cepat timang anak :-)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold