Video video banjir di Thailand, Kini 110 000 Pelarian kerana banjir

Banjir di Tahiland sudah masuk 6 minggu, dan kini dianggarkan sebanyak 110,000 rakyat menjadi pelarian kerana hilang tempat tinggal. Air yang melimpah di pinggi bandar Bangkok pada Jumaat lalu, kini sudah mengalir masuk ke dalam bandar Bangkok.Kedai dan premis sudah ditenggelami air setinggi 70 cm atau 28 inci. Penduduk sudah diberi amaran sejak Jumaat supaya memindahkan barang2 ke tempat tinggi.

Pihak kerajaan memberi jaminan bahawa mereka ada plan perlindungan buat penduduk, tentera dikerah mengawasi kawasan penting seperti istana dan lapangan terbang Bangkok.

Nampaknya usaha kerajaan Thai tak mampu lagi menahan air dari memasuki bandar metropolitan yang didiami 9 juta penduduk itu. Terdahulu Perdana Menteri Thai berkata Bangkok mempunyai banyak terowong dan pintu penahan banjir (lihat artikel lepas) yg dapat menghadang banjir.

Lihat video berita banjir di Thailand dari cnn

Pihak kerajaan Thai sudah membuka pintu ibu kota Bangkok untuk mengepam 1.2 billion meter padu air ke laut dalam usaha mengatasi banjir buruk.

Paras air di bahagian utara dan tengah akan kekal bertakung selama 2 bulan melainkan pihak kerajaan mengalirkan air ke laut.

Kira-kira satu pertiga daripada negara Thailand  masih ditenggelami air. Kira-kira 2.4 juta orang terlibat dari  10,000 lebih kampung di 28 wilayah di utara dan tengah yng terjejas akibat banjir.

Lebih dari 14,000 kilang-kilang  dan lebih 660,000 orang pekerja terjejas kerana bencana itu.

Menurut Lembaga Pembangunan Ekonomi dan Sosial Kebangsaan, kerosakan kepada sektor perindustrian dianggarkan mengalami kerugian  lebih daripada 100 bilion Baht (kira-kira RM10 bilion. Sektor pertanian pula mengalami kerugian lebih daripada 40 bilion Baht (kira-kira RM4 bilion).

Gambar gambar kilang dan premis yang tenggelam di Bangkok

21 Oktober

19 Okt

Video ni dalam bahasa Thai, tgk gambar je le

Video dari AP 21 Okt 2011

Video dari reuters

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

6 Responses to “Video video banjir di Thailand, Kini 110 000 Pelarian kerana banjir”

  1. Juan says:

    ramainya pelarian

  2. zik says:

    menurut laporan yang aku baca.. banjir akan bertambah buruk sampai beberapa ketika tak berapa pasti… usaha yang dilakukan menambak pasir… tapi itupun masih tak mencukupi….
    zik recently posted..Membentuk kreatif dan inovatif keusahawan

  3. kesian ehhh… mintak2 dijauhkan tuhan ler bencana mcm nie.

  4. ohcikgu says:

    harap-harap malaysia tak ena macam ni..
    ohcikgu recently posted..Final Piala Malaysia 2011 – Terengganu VS Negeri Sembilan

  5. eiela says:

    kesiannya, hope Malaysia janganlah kena macam tuh. tapi dugaan Tuhan tuh datang dalam bentuk yang lain plak kan.
    eiela recently posted..Inti Kelapa Yang Pior

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold