Terkini Banjir Buruk di Thailand, Mampukah Bangkok Bertahan?

Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra menyatakan dia percaya 70 % bandar Bangkok akan selamat dari banjir besar. Paras air laut masih tinggi, pihak penyelamat berupaya memesongkan aliran air dengan berkesan. Sebahagian besar air bah kini sudah mengalir ke laut.

Bandar raya Bangkok dilindungi oleh satu sistem dinding pencegah banjir, terusan, parit dan terowong bawah tanah. Namun, jika sistem pertahanan itu gagal, air banjir akan mula memasuki bandar raya ini yang dihuni oleh 9 juta orang. Paras air yang melanda kawasan utara Bangkok semakin surut seperti di wilayah Singburi, Angthong dan Ayutthaya.


Paras air di sepanjang Sungai Chao Phraya dan terusan utama ke utara di tempat-tempat seperti Rangsit masih terkawal, katanya.


Banyak harta dan nyawa terkorban dan musnah

Hampir 300 orang telah terbunuh setakat ini manakala lebih 200 lebuh raya utama dan jalan raya ditutup termasuk landasan kereta api ke bahagian utara. Kerajaan menyatakan nilai kerosakan mungkin mencecah AS$3 bilion (RM9.37 bilion). Ini merupakan banjir paling buruk dalam sejarah Thailand.

Banyak rakyat telah mati lemas dan tanah pertanian musnah,  kampung-kampung yang berada di kawasan rendah ditenggelami air banjir. Lebih daripada 200 lebuh raya utama dan jalan-jalan yang dilalui, dan aliran rel utama ke utara telah ditutup. Kini rakyat Thai sudah sebulan berada dalam banjir.

GAMBAR GAMBAR kilang Honda, Nikon, Canon dan premis yang ditenggelami banjir buruk di Thai

Gambar dari satelit , peta menunjukkan banjir melanda Thai


Laporan dari Reuters pula:

Ancaman banjir serius di Bangkok yang semakin meningkat kerana jumlah air yang mengalir turun dari pusat Thailand, dan salah satu kawasan bandar dalaman adalah di bawah ancaman pada hari Khamis selepas air banjir melanggar terusan.

Kerajaan Thailand telah memberi amaran bahawa air banjir boleh mencapai ke kawasan tengah  Bangkok ,dan kawasan yg lebih rendah. Kerajaan sedang berusaha untuk mengawal banjir yang telah menenggelamkan  beribu-ribu kilang.

Air yang mengalir melalui Rapeepat Canal telah memusnahkan beberapa bahagian benteng pencegah banjir. Mengalir pada 70 meter padu sesaat, air ini akan membanjiri Klong Luang dan daerah Thanyaburi.


Benteng penghadang banjir runtuh:

3 meter panjang benteng penghadang banjir  sepanjang Terusan Rangsit di  Chulalongkorn berhampiran pasar Rangsit telah runtuh, dan penduduk telah dipindahkan. Oleh kerana paras air meningkat, orang ramai perlu berhati-hati kerana benteng  sementara yang ada cuma beg beg pasir.


Di sebuah penjara di Pathum Thani, kira2 5, 500 bandua wanita telah dipindahkan, tetapi 1,500 banduan lelaki kekal kerana tidak ada tempat untuk menempatkan mereka.

Banduan  cuba untuk mengepam keluar air banjir yang masuk  ke dalam bangunan, yang dilindungi oleh dinding pencegah banjir setinggi 3 meter.


Pada Jumaat 21 Oktober, Perdana Menteri mengarahkan kepada semua penduduk yang masih ada di  Bangkok untuk memindahkan barang-barang mereka, lebih tinggi.

Keadaan ini tidak menjamin banjir di kawasan Bangkok boleh dicegah walaupun usaha megalihkan  air masih boleh dibuat melalui kawasan timur. Angkatan tentera diberi  bertanggungjawab memelihara dan mempertahankan benteng dan tetambak. Perdana Menteri  menambah bahawa air boleh mengalir melalui tiga terusan utama di bandar ini, Saen Saep, Prawet dan Phra Khanong.


Kenyataan dari Perdana Menteri Yingluck Shinawatra,

“Kita tidak boleh menyekat air selama-lamanya,” dengan nada suram memberitahu pemberita. Ini merupakan ujian terbesar setakat ini untuk pentadbiran yang baru ditubuhkan 2 bulan lalu.

”Semakin lama kita menghalang air yang semakin tinggi ia mendapat. Kita perlu kawasan yang air boleh disalirkan melalui, supaya air boleh mengalir keluar ke laut,”katanya.

“Saya telah memutuskan untuk meminta Bangkok untuk membuka semua pintu-pintu yang boleh mencetuskan limpahan, untuk mengalirkan air ke laut secepat mungkin.”

Bencana banjir yang berlaku telah menyebabkan rakyat berlumba-lumba  untuk menyimpan makanan dan air botol. Manakala pemilik kenderaan cuba menyelamatkan  kereta mereka dengan meletakkan di sepanjang jambatan atau jalan raya.

Perdana Menteri menggesa tentera dan polis untuk menyelamatkan bangunan bangunan penting dari musnah dalam banjir terburuk yang melanda Thailand dalam tempoh 50 tahun ini.


Mampukah Bangkok bertahan?

Setakat ini bandar Bangkok masih bertahan dari dilanda banjir, namun sampai bila air dapat dibendung, walaupun usaha mengalirkan air ke bahagian timur dilakukan, lambat laun air akan melimpah jugak ke dalam Bangkok.

Bangkok mempunyai sistem perparitan yang banyak termasuk 200 pintu penahan banjir, 158 stesen pam, 7  terowong gergasi bawah tanah dan 1682 terusan yang meliputi 2604 kilometer.

Berpuluh-puluh ribu anggota tentera dan polis telah digerakkan untuk menghalang orang-orang daripada mmemusnahkan benteng penghadanag  banjir.

Gabenor Bangkok Sukhumbhand Paribatra, memberi amaran pada hari Rabu lepas, bahawa tujuh daerah di utara dan timur Bangkok berisiko tinggi dilanda banjir kerana dinding pembendung telah pecah.

Beliau menasihatkan penduduk di kawasan-kawasan untuk mencabut peralatan elektrik, memindahkan barang-barang ke kawasan yang lebih tinggi dan mengkaji pelan pemindahan di bandar ini. Mereka mempunyai 24 jam untuk bersedia  menghadapi  banjir.

Video Banjir di Bangkok 18hb oktober 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Terkini Banjir Buruk di Thailand, Mampukah Bangkok Bertahan?”

  1. nasique says:

    pergh dahsyat…mampukah Thailand bertahan,,sekarang nie semenanjung utara,,kerap ujan,,,harap tiada banjir yg teruk melanda negara kita …

    Selamat Tinggal Dunia ©: Heliza Mangsa Internet

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold