Tak Perlu Buat Laporan Polis Jika Hilang Sijil Kelahiran, Lesen Memandu, Geran

Kerajaan telah memansuhkan laporan polis untuk sesiapa yang telah hilang sijil kelahiran, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, perakuan pendaftaran kenderaan dan lesen memandu serta geran tanah. Jika anda hendak membuat penggantian akibat kerosakan dan kehilangan maka tidak perlu lah lagi pergi buat laporan polis.

Memang agak renyah dan rumit kan kalau kita yang hilang sijil atau geran, atau lesen memandu kena pergi buat laporan polis dulu, dan polis pulak banyak lagi kerja dan tugas lain yang lebih  penting dari tu. Urusan kita pun mudah, dan polis pun dah tak terbeban lagi dengan laporan yang banyak banyak hanya pasal kehilangan dan kerosakan. Kalau banjir datang lagi tahun ni , lagi ramai le mangsa yang hilang sijil, lesen, kena buat report polis. Memang tak pratikal.

Petikan berita dari Bernama:

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata kerajaan membuat keputusan berhubung pemansuhan keperluan mengemukakan laporan polis itu pada mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam (JKTPA) Bilangan 2, 2011 pada 6 April lepas kerana ia sebenarnya merupakan amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang.

Beliau berkata pada 2010, sejumlah 2.8 juta laporan polis diterima, dengan 1.1 juta atau 40 peratus daripada jumlah itu termasuk dalam kategori ‘Rujuk Lain-Lain Agensi’.

“Ini menunjukkan sebahagian besar laporan polis yang dibuat tidak memerlukan tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Perkara ini bukan sahaja menyusahkan orang awam, malah tidak melambangkan imej perkhidmatan awam yang cekap dan mesra pelanggan.

“Di pihak PDRM pula, amalan ini turut menyebabkan tambahan beban kerja dalam mengendalikan urusan pelaporan polis.

“Keperluan ini juga mengakibatkan peningkatan kos operasi PDRM di samping tidak memberi nilai tambah dalam penyampaian perkhidmatan PDRM,” katanya.

Berikutan pemansuhan itu, Mohd Sidek meminta semua agensi kerajaan mengenal pasti urusan yang memerlukan orang awam mengemukakan laporan polis kepada agensi kerajaan terbabit mengikut keperluan yang diperuntukkan dalam undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, Pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis, dan agensi kerajaan juga tidak boleh menghalang orang awam membuat laporan kepada PDRM.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Tak Perlu Buat Laporan Polis Jika Hilang Sijil Kelahiran, Lesen Memandu, Geran”

  1. ayung says:

    tindakan yg bijak!

  2. akubiomed says:

    Tahun lepas saya kehilangan lesen motorsikal. Apa yang saya buat terus ke JPJ untuk cetakkan salinan lesen

  3. APAN says:

    kelebihan report kat balai polis ni, mungkin sebab lagi senang nak cari…waktu operasi pun lama dri pejabat biasa kan…tah, x pandai gak nak komen isu nih…
    APAN recently posted..Nasi Briyani Special – Arab Mari

  4. puanbee says:

    tapi kalau IC hilang bahaya tu tahu2 kad kredit palsu guna nama dan ic kita di daftarkan sedangkan ic kita hilang , sekurang2nya ada bukti report tu kan ..

  5. yas says:

    Bab2 ni aku harap jangan sampai ada yg tak sepatut dapat ic boleh dapat ic senang2 udahhh…tp aku percaya kpd kebolehan agensi2 terbabit dlm menangani masaalah ini…
    yas recently posted..Kasihnya Ibu – Sanggup mengorbankan nyawa sekalipun

  6. zik says:

    sijil beranak dah hilang nih… tak renew2 lagi… kui2..
    zik recently posted..Semarakkan kempen Piala Malaysia 2011,(Suku Akhir, Separuh Akhir, Akhir)

  7. titan says:

    hoho..bagus, bagus nih..
    titan recently posted..Sudah tak ada masa..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold