Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dalam Bajet 2012

Berita baik untuk para penjawat awam, semalam PM mengumumkan terdapat satu sistem saraan baru yang menggantikan Sistem saraan Malaysia ( SSM)yang lama , sisten itu dikenali sebagai  Sistem saraan baru perkhidmatan awam atau ( SBPA) . SBPA bermatlamat untuk mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorentasikan prestasi.

KEMASKINI 8 MAC 2012 : SBPA DIMANSUHKAN DAN SSM DIBERI PENAMBAHBAIKAN

SBPA memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja.

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam berteraskan merit untuk kakitangan kerajaan menggantikan sistem lama SSM. Sistem ini akan menaikkan gaji maksimum tiap gred.

Kenaikan gaji tahunan pula dijangka antara RM80 hingga RM300 mengikut gred.

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Mulai tahun depan, kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320

Fokus  kepada profesion perguruan (pendek tempoh kenaikan gred):

Berdasarkan skim baru mengikut ‘time-based’, seseorang guru akan dinaikkan gred DG44 pada tahun ke 8 dan gred 48 pada tahun ke-16 selain guru bukan siswazah gred 29 kepada gred 32 dalam masa lapan tahun sahaja.


Di bawah SBPA juga, kenaikan gred 32 ke 34 turut mengguna pakai kaedah ‘time-based’ lapan tahun, berbanding bergantung kepada kekosongan yang diamalkan sekarang.


Jika dahulu kenaikan pangkat adalah berdasarkan jawatan, jadi peluang untuk mengisi tempat itu terhad. Bilangan orang ramai tetapi tempat sedikit.


Langkah itu juga membolehkan guru yang dinaikkan pangkat kekal berkhidmat di sekolah, berbanding sebelum ini ditukarkan ke Kementerian Pelajaran, katanya yang menyifatkan langkah tersebut baik untuk menjaga profesionalisme guru.


Umur Pesara dilanjutkan kepada 60 tahun:


Generasi muda dalam perkhidmatan awam tidak perlu bimbang dengan peluang kenaikan pangkat berikutan langkah kerajaan melanjutkan usia persaraan wajib penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60 tahun.


Penjawat awam yang berumur antara 55 tahun hingga 60 tahun boleh menurunkan pengetahuan mereka kepada golongan muda khususnya yang baru menyertai perkhidmatan.


Kenaikan pencen pesara sebanyak 2 %

Keputusan kerajaan untuk menaikkan pencen pesara sebanyak 2 %  setahun sebagai tanda prihatin kerajaan kepada sumbangan mereka yang pernah berkhidmat dalam sektor awam.


Artikel lain :

SBPA, kakitangan awam akan nikmati kenaikan gaji 7 hingga 13 %

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

26 Responses to “Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dalam Bajet 2012”

  1. Juan says:

    dilanjut kepada 60 tahun tu yg best tuh

  2. far_east says:

    moga penjawat awam lebih cemerlang dalam bekerja…

  3. puanbee says:

    salam nuriz .. dah ok blog ye! nampak lain sikit lah ..

  4. Linda says:

    Salam,. tempoh guru naik gred ‘time-based’SSBPA hanya 8 tahun.Guru asalnya DGA29(9 tahun, convert jadi 3 tahun dlm DG41) dan sekarang jadi guru DG41 sudah (5 tahun).Maksudnya tahun depan sudah layak memogon DG 44 la.

  5. akubiomed says:

    Kalau dilanjutkan sehingga umur 60 tahun ada yang baik ada yang kontra. Yang baik kalau ia dapat menyumbangkan pengalaman dan kemahiran. Bagi yang kontra ia lambat lagi untuk naik pangkat dan pengambilan baru.

    Mungkin pihak kerajaan ada startergi untuk yang sudah bersara 55 tapi masih berminat untuk berbakti kepada negara dengan melatih ‘successor’ dan ‘knowledge transfer’ untuk penganti didalam masa 5 tahun wajib bersara 60 tahun.
    akubiomed recently posted..Projek hujung minggu – pagar keselamatan kanak-kanak

    • nuriz says:

      ada kwn sy bgtau sebab kerajaan lanjutkan tempoh ke 60 tahun sebb tak nak bayar banyak pencen, wang hadiah pencen sekaligus dalam satu masa, lagi pulak bila dah umur 60 jangka masa nak byr wang pencen tu akan jadi pendek..

  6. riko says:

    Saya kurang setuju dgn kenaiakan gaji Tahunan DG41,DG44 dan DG48 kerana Sama sahaj sepatutnya dala perbezaan kerana tempoh perkhidmatan berbeza…haru s ikut time based beza kenaikan baru adil….

    • Aileen says:

      Saya juga bersetuju dengan saudara di atas tu tentang kenaikan secara time based 8 tahun, itu adalah tidak adil bagi guru yg baru dpat kenaikan secara time based 10 tahun, jika ada anjakan gaji untuk yang telah naik pangkat itu lain pula ceritanya…apapun rezeki itu adalah dari Tuhan….

  7. yas says:

    Diharap usaha meng”transformasikan perkhidmatan awam” ni berjaya la hendaknya…sbg rakyat aku nak tgk juga kakitangan kerajaan lebih cekap dan mesra pelanggan…skg ni dh okeh, tp lagi okeh kalau ditambah lagi nilai2 yg sedia ada tu..

  8. wzie says:

    saya tidak berapa setuju sbb hanya guru dipendekkan tahun perkhidmatan sedangkan jawatan lain pun sepatutnya diberikan taraf yang sama..semua nya penjawat awam

    • sofis.com says:

      sebab tempoh untuk guru time-based adalah yg paling lama compare dgn sektor lain.contoh jika dibanding dgn peg.tadbir N41 tempoh untuk naik ke N44 hanya 5 tahun.so,kalau bandingkan dgn guru,stkt 30 thun kerja sblm ni paling jauh pun DG48.Jadi ada baiknya time base guru dipendekkan. Sekurang2nya dptle rasa gred lbh tinggi at least DG52..

  9. lily says:

    saya tk faham laa tentang kenaikan gaji maximum tu…
    adakah penjawat awam yg contoh berada di gaji maximum PIT22 sahaja yg akan mendapat kenaikan tu.. ataupun kenaikan tu bermula dari setiap tangga gaji

    contohnya kalau sebelum ni DH41 P1T11 ialah rm2600 adakah kenaikan 37% itu untuk golongan ini jugak? atau hanya yg dah sampai gaji maximum jerr layak utk 37% kenaikan tersebut?

    tolong laa jelaskan kepada saya….tk faham laaa……..

  10. aida says:

    sebenarnya, takde siapa yang faham benda ni suma… tanya la sapa-sapa pun! yang memandai jawab tu, suma atas spekulasi / khabar-khabar angin. Be patient, wait until pekeliling dikeluarkan… itu pun belum tentu kita akan paham… bila kuar matriks baru gaji, baru la kita paham…. yang naik 37% tu gaji mati…. bukan pergerakan tahunan…. memang tak paham… sebab semuanya still ‘under construction’…

  11. yang keliru says:

    37% tu mari mana plk?

  12. asri says:

    kenapa ke guru2 sahaja di bagi kenaikan pangkat time base 8 tahun?kenapa aks(ktbm) tidak di pendekan 15tahunkepada 10tahun naik pangkat seperti time base juga..kerja aks sekarang makin mencabar juga..?bagi respon la?

  13. Mama Hanim says:

    best yg jadi cikgu, gaji naik n byk kemudahan plak tu. tahniah utk dorg..
    Mama Hanim recently posted..Tahajjud Cinta Episod Akhir, Video Dan Sinopsis

  14. einil says:

    jumlah guru di malaysia terlalu ramai, rase2 mcm majoriti penjawat awam di malaysia.. peluang untuk naik pangkat terlalu sedikit berbanding penjawat awam yang lain. bayangkan satu sekolah ade 200 lebih guru hanya 4 orang sahaja yang berpeluang naik pgkat utk isi jwtan pengetua dan penolong kanan. persaingan terlalu sengit. jadi time base utk guru2 adalah logik n praktikal utk dilaksanakan..

  15. rina says:

    kenapa guru iaitu dr jabatan pendidikan saja diberi time-based untuk kenaikan pangkat?bagaimana dengan penjawat awam yang lain iaitu dr jabatan-jabatan lain contoh nya dari jabatan kesihatan?

  16. anuar ibrahim says:

    mungkin kerajaan tgk jabatan lain dh byk kelebihannya..terutama dr segi elaun + elaun perumahannya + kritikalnya…tapi elaun guru2 ni sedikit je..satu lagi mungkin tpm dia muhyidin yassin..mp pendidikan..kalau mp kesihatan myb jab kesihatan akn naik pulk..apa2 pun kita kena brsyukur.

  17. zah pekan says:

    sikit-sikit cikgu orang lain macm mana bkn kakitangan kerajaan ke

  18. Azman IPTA says:

    Tahniah kepada guru2 kerana tetap akan aik pangkat mengikut time base…alhamdulillah rezeki guru….

    Tetapi satu profesyen yang sama dengan guru..nampaknya masa di takuk yang lama…tak ada perubahan….iaitu golongan Pensyarah IPTA..yang nampaknya tidak ada peluang kenaikan pangkat secara time base….kerana untuk naik pangkat ke gred yang lebih tinggi kerana selain mengajar dan membuat kerja2 pentadbiran, masih perlu memenuhi beberapa kriteria seperti menjalankan penyelidikan, konsultansi yang terkemuka mutunya …baru boleh dipertimbangkan ke gred yang lebih tinggi….dan ramai lah panysyarah masih berada dalam gred yang sama (DS/DM/DU 45)…walaupun sudah berkhidmat melebihi 15 tahun….dan yang lebih malang ialah golongan penyarah dalam gred 41…di mana tidak berpeluang untuk kenaikan ke gred lebidh tinggi…walaupun sudah menjalankan kerja2 penyelidikan dan konsultansi di samping kerja2 pengajaran dan pentadbiran…

    kerajaan melalui kementerian pengajian tinggi perlu melihat perkara ini…kerana nampaknya profesyaen sebagai Pensyarah sudah tidak menarik lagi…nampak saja macam hebat….tapi kesian…

    • Cikgu zaman Malaya says:

      Rakan2 tahu tak……ada 1.2 juta ktgan awam di Msia , 1/3 adalah warga pendidikan. Bilangan guru sekolah di malaysia mengalahkan bilangan askar, polis, nurse dan kerani. Jika dicampur semua bilangan anggota tentera, polis, nurse dan kerani baru menyamai bilangan cikgu-cikgu di sekolah rendah , menengah dan pra sekolah. Diceluk pelusuk mana sekalipun di negara ini ada sekolah diwujudkan yang tentunya ada cikgu. Balai polis, kem tentera, hospital/klinik tidak semestinya ada disetiap tempat. Cikgu sekolah ada hampir di setiap kampung, estet/ladang, felda, pulau dan dimana sahaja ada penduduk Malaysia. Cikgu sekolah melahirkan askar, polis, jururawat, kerani dan semua kakitangan awam yang ada di Malaysia.Tanpa cikgu sekolah, tiada PMR, SPM & STPM & Un. Ada tak k/tangan awam yang tidak sekolah tetapi boleh menjawat perkhidmatan awam…….Bilangan maktab perguruan ( sekarang ada 52 buah )jauh mengatasi bilangan kem tentera, pusat latihan polis maupun sekolah kejururawatan…….petunjuk betapa kerajaan melihat akan keutamaan harus diberikan kepada kaum guru demi melahirkan modal insan Malaysia yang cemerlang tanpa menafikan kepentingan dan kebajikan k/tangan awam yang lain. Harap renung-renungkan…

  19. Tidak adil sekiranya time base 8 tahun hanya untuk guru sahaja. Kami kakitangan sokongan juga kakitangan KPM. Kami pun menguruskan pelajar juga tapi dari segi lain, tampa kami guru guru tidak boleh buat kerja dengan baik kepada pelajar. Kami yang bersama sama bekerja di jabatan pendidikan berasa sungguh kecil hati dengan pengunguman tersebut seolah olah di anak tirikan. Kami juga mempunyai diploma atau ijazah. keperluan kehidupan semakin meningkat dan kami juga semakin pening kepala. Saya rasa mesti ada sebahagian penjawat awam sokongan KPM atau jabatan lain memaki pengunguman bajet 2012 tersebut.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold