Sinopsis Nilapura Tv3 ( slot aksi)

Drama bersiri Nilapura bakal menggantikan drama Supermak bagi mengisi slot aksi di TV3 bermula 31 Oktober ini. Ia menemui penonton setiap Isnin pukul 9 malam.

Drama 13 episod ini mengisahkan tentang pengorbanan cinta Puteri Ratna Emas Lela untuk berkahwin dengan Putera Rangga selepas negara Bimasakti tewas kepada Nilapura dalam sebuah peperangan.

Drama terbitan KL Motion Picture berlatarbelakangkan lokasi penggambaran di Kellie Castle di Perak dan sekitar negeri Kedah.

Antara pelakon-pelakon handalan tanah air yang membintanginya ialah Jue Aziz, Ryzal Jaafar, Amar Asyraf, Memey Suhaiza, Ramli Hassan, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Razib Salimin, Adam Shah, Ramona Zam Zam, Hafiz Halim dan Aidil Aziz.

Sinopsis Nilapura

Cerita epik percintaan ini berkisar tentang kehidupan seorang lelaki bernama Putera Rangga yang dilakonkan oleh Amar Asyraf merupakan anak kedua kepada Sultan Zainal Abidin dari negara Nilapura.

Setelah abangnya, Raja Murtaza dibunuh dalam peperangan, Rangga menjadi harapan tunggal bagi ayahandanya untuk mewarisi takhta.

Namun, Rangga merupakan seorang yang suka berfoya-foya dan sering mengabaikan tanggungjawabnya.

Puteri Ratna Emas Lela (Jue Aziz) pula merupakan puteri bongsu kepada Raja Bumida Bimasakti yang berjiwa rakyat dan gemar melakukan kerja-kerja amal.

Ratna sangat rapat dengan Dindra (Ryzal Jaafar), seorang pengawal diraja. Bagi menjaga kepentingan negaranya, Ratna sanggup mengetepikan perasaan cintanya terhadap Dindra dan bersetuju dengan perkahwinan diplomatik yang diaturkan.

Walaupun Ratna cuba berbaik dengan Rangga tetapi Rangga masih meneruskan hubungan dengan Ulia serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bakal pemerintah negara Bimasakti.

Maka, Ratna terpaksa menggalas tanggungjawab tersebut untuk memerintah Bimasakti.

Hubungan Ratna dengan Rangga mula berubah selepas Rangga diserang hendap oleh Ghulam untuk merampas kuasa. Rangga menjadi lumpuh dan terpaksa merawat di istana Bimasakti. Dalam kesibukan untuk mentadbir negaranya, Ratna harus bertolak ansur dengan perangai suaminya yang degil dan kuat mengamuk. Akhirnya, Rangga terharu dengan kebaikan Ratna dan mula menguatkan semangat untuk sembuh. Rangga mula menyukai Ratna dan berasa cemburu dengan Dindra.

Rangga telah ditabalkan sebagai pemerintah negara Bimasakti dan mula menjalankan tanggungjawabnya. Apakah cabaran yang sedang menanti Rangga? Bagaimanakah Rangga berhadapan dengan musuhnya? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Rangga, Ratna dan Dindra?

Nantikan kemunculan Nilapura di slot Aksi, mulai 31 Oktober 2011, setiap hari Isnin jam 9.00malam, tentunya di TV3!

Jue Aziz dan Amar Asyraf,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold