Sinopsis Apokalips X dan Trailer

Satu lagi filem dari pengarah terkenal Mamat Khalid akan menemui peminat filem filem tempatan di pawagam tak lama lagi. Sudah lama menanti filem baru dari Mamat Khalid, Apokalips X ialah filem yang aksi sci-fi yang berdasarkan filem Jepun Crow Zero. Filem Crows Zero pulak diadaptasi dari sebuah komik manga Jepun, karya Hiroshi Takahashi.

Para pelakon dalam filem ni ialah Farid Kamil, Adam Af, Jehan Miskin, Dazrin Kamarudin, Iqram Dinzly, Sarimah Ibrahim, Pekin Ibrahim, Pyan Habib, Zoey Tan, Miera Lyana dan ramai lagi. Kebanyakan pelakon harus beraksi dan berlawan, dengarnya Sarimah Ibrahim kena berlatih kung fu berjam jam untuk watak Zara dlm filem ni.

Sinopsis filem:

Apokalis X mengisahkan tentang tamadun manusia selepas perang Nuklear meletus pada tahun 2047, manusia yang masih hidup di zaman itu hidup dalam kacau bilau, tiada arah tujuan dan mengganas. Muncul puak2 atau gang gang yang bergaduh dan berbunuhan kerana hendak menjadi ketua dan berkuasa.

Sejak mentari terbit dari barat, pertempuran hebat berlaku di seluruh pangea. Jasad bergelimpangan dan udara di seluruh pangea berbaur hemoglobin, selain bintang berguguran. Homo sapian yang mewakili puak-puak yang menguasai empat sumber utama kini bertempur untuk memonopoli, menjadi keadaan anarki. Tiada lagi undang-undang, hanya mereka berpegang pada janji.

Pendita telah memberi perintah, supaya menjemput semua ‘Pengutus Pesanan’ untuk hadir ke satu taklimat berkaitan apa terjadi di Ground Zero, Apokalips dan penerangan mengenai kejadian letupan nuklear yang telah menyebabkan mentari terbit dari Barat hampir 23 hari lepas. Letupan nuklear yang telah menghamburkan partikel CK (Cyanogen Chloride) ke udara dan membunuh mereka yang berumur 30 tahun ke atas. Keadaan cukup kritikal.

Wahai ‘Pengutus Pesanan’ sekalian, hanya kamu yang mampu menyelamatkan seluruh pangea itu, moga Maha Pencipta merahmati kamu. Dari itu, kamu sekalian ‘Pengutus Pesanan’ dijemput ke sesi maklumat yang akan dihadiri seluruh ketua klan dan pengikut seperti,X, Kala, Sri Gala, Aman Chai, Kulat Lipan, QI Qi.

Watak : X lakonan Farid Kamil,

Sri Gala (Peter Davis),

Kala (Jehan Miskin),

Kulat (Zoey Tan),

Aman Chai (Adam AF),

Qi Qi (Myra),

Razor (Iqram Dinzly),

Lipan (Pekin Ibrahim).

Zara (Sarimah Ibrahim)

sumber sinopsis : Sinema Malaysia

Dazrin Kamarudin, Adam AF dan Pyan Habib

Trailer :

httpv://www.youtube.com/watch?v=Rga3OEyZgJ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold