Sinopsis 7 Petala Cinta ( Fizo Omar + Diana Amir)

Filem terbitan MIG lagi bertajuk 7 Petala Cinta lakonan Fizo Omar, Diana Amir, Aeril Zafrel dan Shima Anuar. Filem ni filem cinta berbentuk Islamik, dalam cerita ni boleh tengok penampilan Diana Amir yang bertudung, masa ni Diana tak bertudung lagi tapi dia rasa tenang dan seronok membawa watak Hilma Aqila dalam 7 Petala Cinta.

Islamik romantik bukan romantik komedi

7 Petala Cinta menjalani pengambaran di Ulu Yam dan dijangka akan ditayangkan di pawagam pada Mac 2012 , diarahkan oleh Azhari Zain. Menurut David Teo, bos MIG, pihaknya akan menetapkan untuk menerbitkan sekurang-kurangnya 1 filem yang berunsurkan Islamik setiap tahun. MIG pernah menerbitkan filem bercorak Islamik, contonhnya, Syukur21, Syurga Cinta dan Aku Masih Dara.

Sikit sinopsis utk filem 7 Petala Cinta

7 Petala Cinta mengisahkan kehidupan suka dauka anak remaja yang mendapat pendidikan dalam institusi keislaman. Mereka menempuh pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku di antara mereka selain berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza. Filem 7 Petala Cinta tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut memaparkan pengorbanan, erti persahabatan, kejujuran serta kisah cinta agung.

Diana Amir tampil dengan imej bertudung dalam filem ini membawa watak seorang gadis yang naif  bernama Hilma Aqila adik kepada Hamka lakonan Fizo Omar. Hilma Aqila gadis yang sopan, anak yatim piatu, seorang yg solehah dan pandai mengaji. Hilma jugak ada konflik dan kisah yang tersendiri. Dia rasa kehilangan lagi apabila abangya pun pergi ke luar negara untuk menuntut ilmu, dan mendengar kabar angin, abangnya meninggal dunia.

Abangnya Hilma,  Hamka yang juga graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu.

Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak. Namun sayangnya, entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik.

Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.

Gambar Diana Amir

sumber sinopsis: Sinema Malaysia

Video temubual  Diana Amir

Pengarah: Azhari Zain

Pelakon: Diana Amir, Fizo Omar, Aeril Zafrel, Putri Mardiana dan Shima Anuar

Pelakon baru Shima Anuar, 20 tahun.

Shima Anuar

Shima Anuar jadi isteri ketiga kepada Shaheizy Sam dalam Bini-biniku Gangster (masa babak akhir cerita tu) kejap je dia muncul kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold