Sepahtu- Singkirkan Mamat

Kumpulan lawak Sepah yang dulu dianggotai Jepp, Shuib dan Mamat telah dibubarkan, katanya masalah peribadi dan disiplin yang menyebabkan Sepah tak mampu bertahan. Kini muncul pula SEPAHTU..bunyi macam sepatu je..:) hanya dianggotai oleh Jepp dan Shuib. Jadi kumpulan Sepah tidak lah terhapus sama sekali, cuma diberi nama lain, dan Mamat kekal tersingkir dari Sepahtu.

Sepahtu

Penyingkiran cara lembut le ni kot..hehe, rupanya dua orang ahli ni dah tak mampu bertahan dengan sikap rakan mereka ni..seolah -olah membenarkan semua gosip gosip negatif yang sedang melanda diri Mamat yang dikatakan kurang disiplin , dan ada masalah peribadi, tak beri komitmen..

Kesian kan kepada ahli Sepah Jepp dan Shuib ni hanya sebab nila setitik rosak susu sebalanga..Kumpulan Sepah dikatakan berlagak sebab tak hadir/ lambat sampai  ke sesi fotografi ke apa dulu ni. Lebih baik diorang ni mencari identiti baru dan menubuhkan kumpulan dgn nama baru tanpa Mamat yang sekarang mabuk cinta dengan Fida Ibrahim…hehe ye ke mabuk..biasa le kalau orang ni bercinta dan telah rasa seronok dengan dunia hiburan,,kadang2 boleh lupa diri..

Kalau nak bertahan dan dsayangi ramai peminat kena le jaga peribadi dan perangai, sebab nama artis ni naik sebab ada peminat jugak, bila dah macam2 gosip liar nanti takut peminat lari pulak.

Komen Jepp:

Menurut Jep, mereka nekad memilih haluan untuk bergerak berdua tanpa Mamat atas alasan tertentu setelah beberapa kali memberi peluang kepada lelaki itu.

“Kami tidak mampu bertahan lagi untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Jadi, kami memilih untuk berpecah dan menubuhkan kumpulan baru, Sepahtu selepas ditawarkan oleh MW Entertainment Sdn Bhd milik penyanyi Mawi.

“Kami suka bekerja dengan orang yang menghargai karya seni, jadi sebab itu kami menerima tawaran ini,” katanya sewaktu sidang media

Sepahtu Bikin Album’

Menyentuh tentang nama Sepahtu, Jep berkata mereka terpaksa menggunakan nama baru memandangkan nama Sepah digunakan untuk mereka bertiga.

“Orang mengenali Sepah dianggotai oleh saya, Shuib dan Mamat. Jadi, Mamat menjadi sebahagian daripada Sepah. Jadi, tidak adil jika kami menggunakan nama tersebut. “Sebab itu kami menggunakan nama baru iaitu Sepahtu yang berbunyi seperti sepatu atau kasut yang mana bergerak sepasang di kiri dan kanan.”

Sepah The Movie

Biarpun telah berpecah, hubungan mereka masih baik dan tidak memusuhi antara satu sama lain. Jep berkata mereka akan melaksanakan projek terakhir untuk Sepah iaitu filem “Sepah The Movie” yang akan menjalani penggambaran pada 17 Oktober ini.

“Disebabkan kami telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam filem itu, jadi kami masih perlu bekerjasama sebagai Sepah. Lagipun, kami tiada masalah untuk berlakon bersama-sama.

“Hubungan kami sebagai kawan masih ok tetapi apabila tiba tentang komitmen, kami tidak boleh bertolak-ansur lagi. Ikutkan tiada sesiapa yang menyingkir sesiapa, sebaliknya kami memang sudah tidak boleh bersama dan terpaksa berpecah,”

Album Sepahtu

Sepahtu akan tampil dengan album sulung mereka yang diterbitkan di bawah MW Entertainment dan Sheikh Qalam Records serta diedarkan dan dipromosikan oleh Universal Music Malaysia.

Penerbitnya Sheikh Qalam berkata album genre pop dan rock dengan beberapa lirik berunsur komedi itu akan dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik terkenal seperti Datuk M Nasir, Azmeer, Sheikh Qalam, Mawi dan Sepahtu sendiri.

Album ini juga dijangka akan menampilkan kolaborasi Sepahtu bersama-sama Mila dan Mawi.

“Lagu-lagu ini masih belum dihasilkan dan dalam perancangan tetapi kemungkinan kita akan menggubah enam hingga lapan buah lagu yang diterbitkan pada November depan.

“Jika tiada aral, para peminat boleh mendapatkan album mereka pada hujung Disember depan.

“Kami lihat, Jep dan Shuib tiada masalah untuk menyanyi kerana mereka pernah merakamkan lagu hari raya manakala Shuib sudah mempunyai single “Cinta Itu Nyawa” yang dinyanyikan secara duet dengan isterinya, penyanyi Siti Sarah,” kata Sheikh Qalam.

Sementara itu, Sheikh Qalam mewakili Mawi yang tidak dapat hadir turut mengesahkan tentang penglibatan Sepahtu yang kini sudah menjadi artis di bawah naungan MW Entertainment.

“Semua aktiviti seni Sepahtu seperti lakonan, persembahan, album dan iklan akan diuruskan oleh MW Entertainment,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Sepahtu- Singkirkan Mamat”

  1. APAN says:

    berdua dah skang ye…pergi mampos sama itu mamat.menyampah gak tengok perangai dia.haha…

    siap wat album nyanyi lagi…tpi sore dorang sedap gak kot…
    APAN recently posted..Rabu Yang Bisu #12 – Dalam Kenangan

  2. zik says:

    erm nak buat macam mana kan… dah tengah2 top.. ada pulak ragam dia… macam2 hal..
    zik recently posted..Wordless Wednesday #12 (Malaysia VS Australia)

  3. akubiomed says:

    Sedih pengakhira kumpulan Sepah semedikian rupa
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday #13 – 5 Gum Electro

  4. Miziey says:

    woa~ Sepah2 eh? hoo.. ok lh tu.. dlm Sepah, Shuib n Jepp jer yg ‘hidup’ pun.. Mamat hanya memeriahkan majlis kot.. ahahahah.. xD

  5. Juan says:

    x kisah, asal ader jep dan syuib pon aku dah puas dah, hhehe

  6. titan says:

    berdua lebih baik. :)
    titan recently posted..Kenduri Gol Australia

  7. iman haikal says:

    kesian mamat, sudah jatuh ditimpa tangga.hehe

  8. Yeahzid says:

    Yes ah! Bagi aku ni 2 da cukup. Mamat tu over ah. Suka nak nyampok bila org lain ngah nak buat lawak. To Jepp n Shuib, Man Belon ada. Aku tgk dia lagi serasi ngan korang.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold