Senarai 24 Peserta Masterchef Malaysia

Semalam sempat jugak Nuriz tengok rancangan Masterchef di Astro, seronok tengok para peserta menyiapkan tugasan dan menjalani cabaran di dapur Masterchef Malaysia , memang bersemangat diorang semua. Sedih jugak semalam salah seorang peserta yang nama Aisyah ni tak dapat masuk ke senarai 24 peserta sebab dia gagal menyiapkan kek tiramisu iaitu resipi Tiramisu yang disediakan oleh Chef Riz . Memang meleleh air liur le tengok kek tiramisu yang diorang sediakan.. :)

Saya penah buat tiramisu vesri bahulu, memang tak sama cam krim mascarpone yang lembut  dan mahal  tu, tapi sedap :)

 

Resipi tiramisu bahulu (amik sini)

Program realiti memasak ini adalah francais dari program popular sejak tahun 1990 di bawakan oleh  British Broadcasting Corporation atau BBC. Program ini mula berkembang ke serata negara dalam banyak versi. Pada 22 Oktober program ini telah ditayangkan dalam versi Malaysia di Astro.

5 Juri atau hakim dalam Masterchef Malaysia:

Juri atau hakim dalam Master Chef ni terdiri daripada Chef Zubir(Zubir Mohd Zain)45, Chef Priya( Priya Menon) 53, Chef Jo (Mohd Johari Edrus)55, Chef Riz (Mohd Nazri Redzuawan)29, dan Yahya Hassan (Chef Yahya)49.

Senarai 24 perseta Masterchef Malaysia:

5 Peserta yang telah melengkapkap semua jumlah 24 Masterchef semalam dan  menerima apron MasterChef Malaysia ialah Hui Ting, Imelda, Kamaruzzaman, Azlina dan Nik Micheal.

GAMBAR gambar 24 peserta yang layak

Peserta lain sebelum ni yang berjaya ialah :

Terrence, Brian, Mastura, Amita,  Shahriah,  Zuraidah , Wahidan, Deena, Raymond, Ari Malik,  Zeri, Saiful, Ezani, Felix, Azizah,  Danial, Azilah, Zamir dan Zahin.

Kuliah Masterchef

Kini 24 peserta MasterChef Malaysia sudah dipilih. Sebelum cabaran utama bermula, mereka akan menghadiri Kuliah Master yang bakal menyaksikan juri-juri mereka menyediakan hidangan khas buat mereka yang akan mereka pelajari, hayati dan nikmati.

Saiful penoreh getah yang mampu masak masakan barat:

Antara peserta yang menarik perhatian ialah peserta bernama Saiful atau nama sebenar Mohd Saiful Alip, 26 tahun berasal dari Sabah, beliau  bekerja sebagai penoreh getah, hanya memasak kepada keluarga dan rakan rakan di rumah. Dia mendapat pujian kerana mampu memasak masakan barat dan dipuji oleh chef yang menghakimi masakan beliau. Memang hebat.

Resipi kek tiramisu (percubaan nuriz ) :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Senarai 24 Peserta Masterchef Malaysia”

  1. yas says:

    Kalau la si Saiful tu menang…pehhh mmg respek la kt dia…
    yas recently posted..SiteLink dari Google – YastroOnLine dan Kedai Tenet

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold