Review Al Hijab : Buat Aku Tak Sanggup Nak Tengok Hantu

Filem seram arahan Pierre Andre ni banyak kawan kawan saya kata memang seram, dan akhirnya saya mencuba tengok filem ni sebab nak tau seram atau tak..seperti mana watak Rafael yang dimainkan oleh Pierre dalam Al hijab, Rafael yang nak tau macam mana rasa seram dan rasa takut dan bagaimana rupa hantu.

Apa al hijab..saya tak tau sangat makna yang sebenar-benarnya, melalui google, hijab ni dalam bahasa Arab kain tudung atau penhadang, ada jugak maksud hijab ni ialah pandangan mata kasar ditutup dan tidak dapat melihat yang ghaib ghaib, Terbuka hijab maknanya orang tu dapat melihat yang ghaib ghaib, lebih kurang camtu la kot.

Permulaan cerita masih ok lagi belum ada apa apa yang menyeramkan :). Apabila Rafael duk sorang dalam rumah ada satu scene yang mana dia keluar masuk rumah sebab dengar bunyi sesuatu.. lepas tu ada babak Qiss teman wanita dia muncul secara mengejut tu..memang yang tu buat kaki dan badan saya tersentak..haha ciss!! memang aku terkejut(cakap dalam hati) hehe..sebab cara muzik dan cara pengarah nak letak kat mana timing bagi orang terkejut..ye Pierre memang bijak kat situ..

Cerita agak bosan sampai la Rafael pi jumpa Mak Itam sebab nak buka hijab dia tu, misteri Mak Itam ni.

Maimon Talib memang jarang bawa watak misteri, atau bomoh selalu dia jadi mak datin yang jahat dan garang je…sesekali Pierre amik pelakon lain, ok jugak, Maimon Talib memang muka dia buat menakutkan dan misteri..

Cara pengarah bermain dengan kamera seolah olah kita jadi mata dia dalam filem tu, mencari-cari di manakah hantu nak muncul..haa..babak yang macam tu lah buat aku menutup mata..bukan apa, hantu dalam Al hijab ni lain dari lain, hehe tapi terlepas jugak sebab terpandang hantu mata besar, kemudian dibeliakkan..alahaiii beberapa hari duk terbayang imej tu..seramm

Sebab tu duk ada ustaz cakap, jangan kita duk tengok sangat cerita seram ni sebab..setan ni suka bila kita rasa takut dan lemahh..mula la dia menguasai kita.

Banyak babak dalam al hijab yang tak boleh nak agak..lain dari cerita seram yang lain, lebh seram dari Jangan Pandang Belakang..sebab banyak babak buat kita terkejut aje. Babak dalam rumah Rafael yang gelap gelita dan kemunculan hantu dan bunyi orang berjalan, muzik latar yang seram..

Babak Rafael mimpi dalam mimpi pun buat orang tak dapat agak kan..sebab saya pun ingat dah habis le babak dia dalam rumah yang gelap takda letrik tu, ingatkan dah siang..lega le sikit. Rupanya Qiss tu, hantu yang menyerupai kekasih Rafael. Masa Rafael call mak Qiss, dah boleh teka jugak le, ni mesti Qiss ada dalam bilik , di rumah dia tu mesti bukan Qiss, baik kau katup mata dulu..hahaha!!

Sekali yang bangun belakang Rafael tu..hantu daa.. bijak Pierre ni dia bagi penonton tengok dulu hantu sebelum dia tengok..haha!!

hmmm bagi siapa yang lemah semangat atau mudah terkejut atau sakit jantung..baik jangan tengok ye :)

Saya pun memang banyak tengok alhijab ni dengan katup muka duk tengok di celah jari je sebab tak nak tengok rupa hantu tu..takut duk terbayang-bayang nanti..bila datang je muazik seram ..awal awal lagi dah bersedia perisai jari tapak tangan hehe…seramm memang serammm..

Penamat cerita , mula mula teka , rumah Mak Itam ni mesti tak wujud, atau nanti Rafael pi dia akan jumpa hutan tebal, tapi salah tekaan saya, rumah mak Itam memang wujud, tapi bila Rafael dan minta hijab dia ditutup semula, dia terlambat sebab Mak Itam dah meninggal…haha!! terbeliak mata Rafael. Hanya Mak Itam je yang boleh kunci semula hijab dia. Hidup la dia nanti dengan hijab terbuka.

Tu je la review saya untuk Al hijab..memang serammmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold