Resipi Cheesy Wedges ala KFC (buat sendiri)

Tentu korang penah makan cheesy wedges kfc, dengan sos cheese  yang lazat hingga menjilat jari dan menjilat kotak sekali :) . Terbayang-bayang lemak berkrim rasanya..memang tak leh tahan kan..kalau pi kfc memang nak order wedges tu sebab sos  kentang tu sedap. Ada kawan Nuriz dia buat bisnes sos cheesy wedges tu, lebih kurang la rasa macam sos di kfc tu.

Orang kata kfc guna jalapeno cheese, tak pasti apa sebenarnya, memang rahsia tu. 

Hari ni Nuriz makan cheesy wedges buat sendiri, resipi ni diambil dari fotopages Naz Rin Chan (banyak koleksi resipi yang menarik) salah satunya sos cheesy wedges ni, memang dah try buat hari ni. Sedap sangat, mungkin tak sama 100% macam sos cheesy di kfc tu tapi dijamin lazat dan buat anda terangkat mcm nak terbang hehe..!!  Bahan2 nya ada di pasaraya  dan mudah je nak sediakan.

Kalau korang try resipi ni memang tak payah dah pi beli di kedai pak janggut tu..buat sepinggan pun bulehh..

Apa kata kita try buat :

Layan dulu gambar cheesy wedges ni :)..nyam nyam..

Bahan -bahan:

Frozen wedges  yang segera

5 atau 6 keping cheese cheddar (saya guna Cheese Slices Smokey BBQ )

1 sudu besar mentega

1 cb tepung gandum / susu tepung

1 cawan susu segar

3 sudu besar yogart asli

1ct gula (kalau nak)

sedikit serbuk lada hitam (kalau nak)

dan mayonis (diletak atas kentang apabila sos cheesy ni siap)

Cara-cara:

1. Gunakan non stick pan. Panaskan mentega hingga cair

2. Masukkan susu(kacau perlahan2)

3. Masukkan yogurt , tepung gandum

4. masukkan chesse sekeping2

Kacau atas api yang perlahan hingga pekat.

Dah siap.

Tambahan: kalau pekat sangat tambah sikit susu segar.

Goreng wedges dan letak le sos yang dah siap tu sekali dengan mayonis atau pun sos cili.

Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

22 Responses to “Resipi Cheesy Wedges ala KFC (buat sendiri)”

  1. amiee says:

    nampak sedap..boley try buat ni

  2. jajariana says:

    wow nak cuba le, sy memang suka cheesy wedges kfc

  3. darissa says:

    cheese tu guna jenama lain boleh ker

  4. puanbee says:

    sedapnyaaa.. nanti try lah nuriz ..

  5. syamila says:

    alahai..sedapnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr…..

  6. titan says:

    aku wat sos sendiri aje. haha..
    titan recently posted..Naruto dan Musang Oren Sembilan ekor

  7. yas says:

    Nampak macam best jugak tu Nuriz…tetibe lapo la plakkkk…hehehe
    yas recently posted..Kenapa banyak sangat parti politik di Malaysia?

  8. Pacifista says:

    yummy…nampak macam sedap je :D
    Pacifista recently posted..Kucing Comel

  9. sayacomel says:

    comelnya tengok sos tuu..
    sayacomel recently posted..Tak comel – Bila si kecil belajar merokok..

  10. Suara Kalbu says:

    Waaaaaaaaaaaaaaa rajinnya dia… favourite saya kalau gi KFC hihihi.

  11. akubiomed says:

    Adik lelaki saya pandai buat. Selalu di buah untuk anak-anak buahnya :-)

  12. kerol says:

    non stick pan tu ape? huhu.. maaf

    nak try.. nmpk sedap

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold