Ramalan Uncle Seekers Terhadap Artis dan Vvip

Uncle Seekers dulu selalu memburu hantu kini uncle dah tak memburu hantu ke? sekarang uncle sudah jadi peramal le pulak, duk buat ramalan dari mimpi yang dia dapat. Uncle kata dia mimpi macam macam pasal artis artis tempatan, apa akan jadi masa depan semua ada dalam mimpi dia. Bukan setakat artis je, dia mimpi, pasal orang2 kenamaan atau vvip pun ada jugak kisah dalam mimpi uncle ni..hahah!! lawak betui le.

Memang mencanak canak le trafik uncle kisah pasal ramalan dalam mimpi ni ye. Jangan sampai ada yang percaya sudah le. Berdosa dan syirik kalau percaya pasal ramalan nasib ni. Kalau uncle seekers nak buat pasal nak trafik dan popular ..emm tanggung le sendiri..

Ramai artis artis yang tak puas hati apabila kisah mereka diramal oleh uncle seekers..antara artis yang menjadi ‘mangsa’..Marsha, Zizan Raja Lawak, Anuar Zain, Rebecca Nur Islam, Juliana Evans, Fauziah Gous dan Fasha Sandha.

Kata uncle dia hanya bermimpi je, dan tak salah nak berkongsi mimpi dia tu dgn orang, kalau ramalan cuaca boleh orang terima, kenapa tidak ramalan tentang manusia.

“Bila orang meramalkan tentang cuaca, boleh saja diterima, tetapi bila saya buat ramalan tentang manusia, orang tak boleh terima pula. Kenapa?

“Saya sedar, diri ini bukanlah seorang bomoh. Rasanya tidak salah untuk kita memberitahu apa yang berlaku dalam mimpi kita.

Komen Marsha :

Marsha berkata, ramalan kononnya dia akan memeluk Islam dan bakal bertunang sebelum tahun 2013 adalah karut dan Uncle Seekers tidak patut menceritakan ramalan yang datang daripada mimpi itu dalam blognya.

“Andai kata benarlah dia (Uncle Seekers) mempunyai kebolehan meramal masa depan orang, rasanya dia tidak patut mendedahkannya dalam blog.


Komen Rebecca:

Kata Rabecca pula, ramalan bahawa rumah tangganya akan mula goyah akibat kesilapan sendiri juga dianggap palsu kerana Uncle Seekers tidak pernah bertemu dengannya walau sekalipun.

“Dia tiada hak untuk meramal masa depan saya lebih-lebih lagi saya tidak pernah mengenalinya.

Komen Zizan pulak :

Bagaimanapun Zizan (Raja Lawak) yang dikatakan kononnya menghadapi masa depan gelap gara-gara dikaitkan dengan isu seks (Uncle Seekers tidak menjelaskan secara terperinci) pula enggan memberi sebarang komen tentang hal berkenaan.

“Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Sebelum ini orang dah cakap saya macam-macam tentang isu Hantu Bonceng,” katanya yang tidak mempercayai berhubung ramalan masa depan.

Pelik jugak ye, banyak betul uncle seekers ni mimpi, ramai pulak tu, ada bab bab ke mimpi dia tu macam episod drama ka apa haa?

Macam2 kontroversi le uncle nih..selepas kontroversi dengan bekas permaisuri Agong.. tak duk diam uncle ye..

Antara orang kenamaan yang dia mimpi termasuklah Tan Sri Syed Mokhtar Syah b. Syed Al Bukhary, Tun Daim Zainuddin, Tony Fernades dan ramai lagi le. Banyak part2 ramalan uncle ni..macam buku..boleh le terbit satu buku pulak kot pasni..hahaha!!

lawak lawak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Ramalan Uncle Seekers Terhadap Artis dan Vvip”

  1. yas says:

    Waaa….Dah jadi nujum Pak Belalang lak kerr??? pe citer kisah dia ngan permaisuri selangor tu…dulu2 kecoh gila sampai letak dlm blog…ni nak wat promo yg terbaru lak kot…he3x!!!

    #Honestly aku tak bape berkenan sgt ngan cara dia pas citer seekers yg (dikata ramai org)membohong tuu….
    yas recently posted..China Rambo

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold