Perlaksanaan Gaji Minimum Sektor Swasta Awal Tahun 2012

Dalam pembentangan Bajet 2012, Perdana Menteri tidak memberi apa apa berita gembira tentang gaji minimum bagi pekerja pekerja di sektor swasta. Semasa ditanya mengenai isu gaji minimum bagi sektor swasta, Perdana Menteri meminta pihak majikan supaya menetapkan satu gaji minimum yang munasabah kepada pekerja.

Gaji minimum itu bergantung kepada rundingan dan persetujuan bersama yang boleh dicapai melalui proses rundingan antara pekerja dan majikan. PM mengulas lagi, pihak kerajaan tidak boleh mengarahkan pihak majikan di sektor swasta untuk menetapkan gaji minimu tetapi perlukan perundingan.

Jawapan dari Menteri Sumber Manusia

Dalam perkembangan lain Datuk Dr S Subramaniam Menteri Sumber Manusia, berkata kerajaan menyasarkan supaya perlaksanaan gaji minimun bagi pekerja di sektor swasta dilaksanakan pada awal tahun depan iaitu tahun 2012. Perlaksanaan itu akan dibuat setelah anggota Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan yang baru dilantik  bersiap sedia.

Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan itu dianggotai oleh 25 orang yang terdiri daripada pengerusi, timbalan pengerusi, serta setiausaha, masing-masing 5 wakil dari pihak kerajaan dan bebas serta masing-masing 6 wakil dari wakil pekerja yang dicadangkan MTUC dan wakil majikan yang dicadangkan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Lima wakil kerajaan ialah dari Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Unit Perancang Ekonomi manakala wakil bebas terdiri daripada pihak badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi serta institusi yang mempunyai kaitan dengan pekerja dan gaji.

“Mereka akan diberi tanggungjawab untuk mengkaji gaji minimum dan cadangan itu akan disampaikan kepada kementerian sebelum diteliti oleh kerajaan.

“Sekiranya semua pihak setuju kita akan umumkan dan jadikan ia gaji minimum kebangsaan.”

“Melalui Majlis itu, kita akan membuat pengumuman tertentu yang perlu supaya gaji minimum sektor swasta adalah selaras dengan kos kehidupan semasa.

“Majlis ini juga mempunyai kuasa untuk memastikan apa yang ditetapkan dipatuhi oleh sektor swasta,”

Sumber: Malaysia kini dan Utusan online

Tak dinafikan masih ramai rakyat hidup di bawah paras Pendapatan Garis Kemiskinan malah ramai pekerja mendapat upah kurang dari RM 750 sebulan.

Ini purata bagi gaji di beberapa  sektor

Kajian dari Kementerian Sumber Manusia pada tahun 2009, 33.8 % pekerja swasta menerima gaji kurang dari RM 700 sebulan iaitu bawah kadar kemiskinan RM 720.

Nasib pekerja swasta perlu jugak dibela dan diberi perhatian, dengan peningkatan kos sara hidup, kenaikan harga barangan sudah tentu ianya membebankan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Perlaksanaan Gaji Minimum Sektor Swasta Awal Tahun 2012”

  1. lin azlina says:

    kan best ada pelaksanaan naik gaji tahunan…sektor swasta

  2. akubiomed says:

    Saya ingin berkongsi ketika saya mula bekerja didalam sektor Elektronik adalah RM1,300 pada tahun 1996 dan sehingga kini untuk pengambilan pekerja baru swasta tangga gaji yang ditawarkan masih di takuk lama.

    Ada sesetengah pekerjaan swasta walaupun didalam bidang Elektronik tidak boleh disamakan dengan kilang kerana mereka ada elaun dan kerja lebih masa sebab itu ada gaji pokok mereka rendah.

    Bagi bidang Elektronik yang terlibat perkhidmatan tidak ada elaun dan kerja lebih masa tidak menentu jadi perlu ada tanda aras tangga gaji yang bersesuaian untuk mereka
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday #14 – Gen Apple

  3. KEBODOHAN ORANG SWASTA says:

    Tabung Simpanan pekerja orang swasta KWSP adalah satu tabung yang duit masuk tak keluar-2 sehingga umur 55tahun.Tambahan lagi ahli baru makin bertambah setiap hari dan tahun.
    Jadi ia ialah satu tabung yg paling untung dan jadi pihak kerajaan selalu meminjam sesuka hati tampa kebenaran ahli KWSP.
    Lihatlah Felda pimjam RM6 Billion untuk bayar Bonus peneroka dan penjawat awam.
    Sepatutnya Felda pinjam kena bayar faedahnya sekali bagi kebajikan pekerja swasta.Malangnya kerajaan sebagai seorang ayah yang menyuruh anaknya simpan duit dalam tabung, tapi ayahnya berjoli duit tabung anaknya itu.
    Sepatutnya Pihak MTUC dan pencarum boleh saman kerajaan yang tidak jujur.Cuba fikirkan;-siapakah yang melantikkan pengarah KWSP (Kerajaan juga).
    Duit Tabung KWSP bukan duit Income Tax . ia adalah seperti duit Koperasi.Aktanya tak sama, kita boleh samakan dengan duit Tabung Haji.
    Urusan keluar masuknya, sama macam ASB dan Tabung Haji cuma tak boleh keluar sampai umur 55tahun.
    Mana minit Mesyuarat agong KWSP dan ahlinya.kalau seorang ahli pencarum pun susah hendak keluarkan duit KWSP, kena ikut prosuder, kenapa pula kerajaan senang-2 guna duit itu. Kalau ada pencarum yang menipu keluar duit dia akan dihukum, tapi kerajaan pakai duit tu tak apa ,tak ada salah pada pekerja swasta,nak guna duit tu nak naikkan gaji penjawat awam pun tak apa.Sebab itu bangunan KWSP nya kecil saja tak membesar macam Tabung haji, sebab kerajaan selalu pakai dan bagi interets yang rendah pada ahlinya. walaupun ahlinya menyimpan beratus dan beribu ringgit setiap bulan.
    kalau kerajaan jujur duit itu boleh dilaburkan dalam ASB yang bagi interet tinggi sampai 8.5%
    Cuba bayangkan kalau seorang pekerja potong 11% dari gajinya RM1000 dan tambahan majikan 13% lagi bereti RM1000 x 23%=RM230.
    Itu sorang kalau 5.3 juta orang ahli macam PM Najib cakap dlm burget 2012 fasa 108 lepas, berapa juta Billion RM pula hasilnya.
    Duit itu ujud kerana seorang pekerja swasta Malaysia. Andai kata kalau tiada pekerja Swasta kerajaan pun pening kepala.Kan kerajaan ni macam seorang ayah suka pakai duit, guna pula duit tabung anaknya. Apa lagi kerajaan mahu dari orang Swasta ini , cukai mereka dah bayar, tak kan pula nak bela anak emas penjawat awamnya saja.
    Bukan sekali setiap kali tuntutan penjawat awam berkumandang dalam burget , banyak kali cakap seolah-olah pekerja swasta tak ujud. tapi duitnya ujud.
    Seorang ayah jangan tidak adil pada anak-anaknya , lebih-lebih lagi guna tabung anak si A untuk bagi si B belanja .
    Bila orang swasta MTUC mintak gaji minimun, alasan takut pelabur lari. Tapi alasan itu sudah basi, lihatlah Pulau Pinang dan Selangor pelabur negeri tidak pulak lari kalau PKR memerintah.
    Ada menteri yang cakap kalau gaji minimam ujud ,pekerja asing dapat tempiasnya , cuba kita fikir siapa yang bawa masuk pekerja asing bukankah kerajaaan yang bawa masuk ramai-ramai tu.
    Pekerja asing tak ada kerja bukan masalah kita ia masalah negara mereka.
    Cuba fikir kenapa negara Singapura boleh bagi elaun sara hidup pada rakyatnya yang tidak bekerja.
    Sebenarnya duit KWSP pekerja boleh diberi lagi banyak faedah pada ahlinya. selain diveden, skim insuran , skim ganjaran tambahan pada pengeluaran umur 55tahun atas kutipan satu sen setiap sumbangan semua ahli untuk diberi pada ahlinya yang bersara diusia 55 tahun. Sebab ahlinya bertambah setiap hari dan tahun bukan berkurangan. Jadi siapakah yang pakai, Kalau ahli orang beragama Islam saja yang menabung dalam Tabung Haji boleh punyai bangunan canggih, inikan pula orang Melayu, Cina dan india yang setiap bulan menyimpan dalam KWSP. Sayang bangunan KWSP tetap macam tu sampai bila-bila pun.
    Jadi jangan kecilkan hati orang Swasta.

  4. yas says:

    “Bila orang swasta MTUC mintak gaji minimun, alasan takut pelabur lari. Tapi alasan itu sudah basi, lihatlah Pulau Pinang dan Selangor pelabur negeri tidak pulak lari kalau PKR memerintah.”

    Den pun setuju bab2 nih..apepun aku support MTUC dlm mencari dan menyelesaikan isu2 pekerja2 swasta…dengor citer nak piket 3 nov nih…kita tgu dan lihat nanti…
    yas recently posted..China Rambo

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold