Pengebumian Gadafi Ditangguhkan

Lagi berita mengenai Muammar Gadafi,

Mayat Gadafi dibekukan dan dipamerkan

Gadafi merayu supaya tidak dibunuh

Pengkebumian jenazah Muammar Gaddafi ditangguhkan untuk beberapa hari lagi sehingga kerajaan sementara Libya membuat keputusan berhubung tempat diktator itu dikebumikan.

Menteri Sumber Tenaga, Ali Tarhouni berkata, jenazah Gaddafi kini ditempatkan di Misrata, kubu kuat tentera pemberontak.

“Saya mengarahkan mereka supaya menyimpan jenazah Gaddafi di rumah mayat untuk beberapa hari lagi kerana tempat dia akan dikebumikan masih belum diputuskan,” katanya.

Seorang lagi pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang enggan dikenali berkata, terdapat pertikaian berlaku di kalangan pegawai NTC mengenai apa yang perlu dilakukan terhadap jenazah Gaddafi.

“Mereka tidak bersetuju dengan tempat pengkebumian Gaddafi.

“Mengikut undang-undang Islam, dia (jenazah Gaddafi) perlu dikebumikan segera, namun mereka perlu mencapai persetujuan sama ada jenazah tersebut akan dikebumikan di Misrata, Sirte atau tempat lain,” katanya.

Sementara itu, jenazah Mutassim, anak Gaddafi terlantar di sebuah rumah di Misrata dan orang ramai berasak-asak ke rumah tersebut untuk mengambil gambar mayatnya menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Mayat Mutassim diletakkan di atas lantai yang dilapik selimut dan kesan luka dapat dilihat di dada dan lehernya. – REUTERS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold