Pengasas Apple Steve Jobs Meninggal

Pengasas Apple dan jenama seperti Apple iPhone, iPad, iPod iMac, dan iTunes meninggal dunia hari ini setelah menderita lama sakit kanser pankreas. steve telah meletakkan jawatan CEO sebelum ini dan dia digantikan dengan Tim Cook, yang telah pun mempersembahkan iPhone 4S kepada dunia pada beberapa hari lepas. Jobs meninggal duni di usia 56 tahun, dia dilahirkan pada tahun 1955.

Kenyataan pihak Apple:

Kematian Jobs diumumkan oleh Apple dalam satu kenyataan. Laman web Apple.com juga menyiarkan gambar hitam putih dengan mesej “Steve Jobs, 1955-2011”

“Kecemerlangan, keghairahan dan tenaga Steve merupakan sumber kepada siri inovasi yang tiada bilangannya, yang telah memperkaya dan memperbaiki hidup kita. Dunia berada dalam keadaan baik yang tidak terhingga disebabkan (sumbangan) Steve.”

Kebijaksanaan Steve Jobs telah pun mempertingkatkan gaya hidup pengguna seluruh dunia, dan pelbagai inovasi telah dibawakan oleh beliau selama bertahun-tahun.

Presiden US , Barrack Obama pun mengucapkahn takziah dan menyifatkan Jobs seorang yang bijak, berani dan berinovasi tinggi.

Dari wikipedia:

Steve Jobs menderita sakit kanser sejak tahun 2004 dan banyak kali mengambil cuti sakit panjang dan pernah menjalani pemindahan hati. Jobs pernah meletakkan jawatan dari syarikat Apple dan menubuhkan NeXT kemudian NeXT dibeli oleh Apple pada tahun 1996, Jobs kembali bekerja dengan Apple semula sebagai CEO dari tahun 1997 hingga 2011.

Jobs tidak tamat  belajar di kolej, hanya setakat semester 1 pada umurnya 17 tahun, dia mula bekerja di sebuah pengilang permainan komputer untuk megumpul duit.

Itu lah sikit sebanyak yang dipetik dari wikipedia, cerita mengenai pengasas iPhone, iPod dan iPad ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Pengasas Apple Steve Jobs Meninggal”

  1. cik tom says:

    harimau mati meninggalkan belang..manusia mati meninggalkan nama..byk jasa steven perkenalkn teknologi hp yg hebat..

  2. Butu says:

    Alhamdulillah

  3. titan says:

    saham apple jatuh ke tak ekk??
    titan recently posted..Kenduri Gol Australia

  4. akubiomed says:

    Dia boleh dikatakan sebaris dengan pencipta terulung seperti Thomas Edison, Henry Ford dan Alexander Graham Bell
    akubiomed recently posted..Pengasas Apple Steve Jobs meninggal dunia

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold