Pemerintah Thailand Sediakan Bantuan Kondom Kepada Mangsa Banjir

Di saat rakyat Thailand memerlukan bantuan makanan, pakaian dan keperluan asas lain, pemerintah negara Thailand jugak menyediakan bantuan kondom kepada mangsa-mangsa banjir. Agak pelik juga berita ni kan? Pemerintah mengarahkan pihak bantuan kesihatan menyalurkan bantuan kondom kepada mangsa banjir kerana mahu mengelakkan lonjakan kehamilan di masa masa darurat ketika ini.

Sebanyak 5 helikopter disediakan oleh kerajaan Thailand untuk membawa ubat ubatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan yang berpusat di Bangkok ke tujuh lokasi di bahagian tengah Thailand yang teruk dilanda banjir.

Pemerintah kerajaan Thai bimbang akan berlaku peningkatan dalam kehamilan yang tak dirancang kerana di waktu begini, ramai orang tidak ada aktiviti lain untuk dilakukan.

Sekarang ekomoni Thailand semakin lumpuh dan mengalami kerugian besar, sejak kejadian buruk ini berlaku, lebih 300 rakyat telah terkorban. Penduduk kehilangan tempat tinggal dan pekerjaan.

Pihak tentera membina banyak khemah khemah untuk menempatkan mangsa banjir yang tidak ada tempat tinggal.

sumber : AFP

Artikel lain berkaitan:

Banjir buruk di Thailand, mampukah Bangkok diselamatkan?

Kerugian akibat banjir terus meningkat

Gambar gambar banjir Tahiland dan video

Gambar kilang Honda, Nikon Canon tenggelam di Thailand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Pemerintah Thailand Sediakan Bantuan Kondom Kepada Mangsa Banjir”

  1. akubiomed says:

    Teruk juga Thailand lumpuh akibat banjir. Ini ada lah ujian kepada kepada Perdana Menteri Wanita Pertama Thailand Yingluck Shinawatra menangani masalah bencana alam terburuk sejarah Thailand

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold