Pelancaran iPhone 5 Pada 4 Oktober

Apple bakal melancarkan iPhone 5 pada 4 Oktober di Cupertino, HQ Apple di  California lebih kurang jam 10 pagi. Setelah lama kita mendengar ura ura tentang generasi baru keluaran Apple, maka sudah sahih iPhone 5 akan dilancarkan Oktober ini. Sistem operasi yang digunakan ialah iOS 5.

Bila pulak iPhone 5 ni akan dilancarkan di Malaysia agaknya? Imbau kembali keluaran iPhone 4 yang dilancarkan  pada Jun 2010, kemudian  ia di bawa ke Malaysia pada September 2010, kira kira 3 bulan selepas diumumkan kepada dunia. Jadi iPhone 5 akan datang di Malaysia mungkin dalam masa 3 bulan jugak kot, hehe..ramalan saja..tak berapa lama lagi le tu dalam masa 3 atau 4 bulan je kan..

Pihak Maxis bekerjasama rapat dengan Apple dan akan berusaha untuk membawa iPhone 5 ke Malaysia secepat mungkin. Nampaknya Maxis bakal menjadi syarikat telekomunikasi pertama yang membawa gadget tu ke Malaysia. Maxis selalu saja lebih dulu mempromosi gadget lain seperti iPhone 3G, iPhone 3GS dan iPhone 4 berbanding syarikat telekomunikasi lain.

Bagaimana rupa bentuk iPhone 5 ni? Ada kabar angin mengatakan ciri-ciri yg ada pada iPhone 5, direka semula dari keluaran iPhone 4 , dan tidak banyak beza dengan iPhone yg lama.

Bagi mengatasi pesaing mungkin ada peningkatan dalam RAM, supaya lebih pantas dan berprestasi tinggi. Lain lain kemudahan yang disediakan ialah integrasi Facebook (sudah semestinya) , twitter dan voice recognition cammand.

Kamera iPhone 5 mungkin jugak dipertingkatkan ke 8 megapixel dengan skrin yang lebih besar dan bukannya 5 megapixel seperti yang lama.

Dari gambar gambar casing  iPhone 5 yang kononnya telah bocor di China, memperlihatkan ianya agak nipis dan skrin lebih besar.

Video

Masih tidak diketahui sama ada ya atau tidak Apple akan termasuk keupayaan 4G pada iPhone 5. Jika 4G dimasukkan, ia memerlukan jangka hayat bateri yang agak lama.

iPhone 5 menggunakan sistem IOS 5 yang baru diperkenalkan dalam bulan Jun 2011. Apple mempunyai kira kira 200 ciri ciri baru dalam IOS 5.

Harga iPhone 4 dulu kira-kira RM 2690 untuk 32 GB, RM 2290 untuk 16GB, berapa agaknya harga iPhone 5 ye?

Sama2 kita nantikan iPhone 5 yg bakal datang ke Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Pelancaran iPhone 5 Pada 4 Oktober”

  1. Juan says:

    ermmm, rasa mcm nak sambar satu la, hehe

  2. akubiomed says:

    Saya ada terbaca di Endget dan telah melihat prototype iPhone5 tidak banyak beza dengan rekabentuk iPad2 cuma kecil dari segi saiznya sahaja

  3. [...] Rupabentuk yang tersebar memang serupa seperti di hari pelancarannya (rujuk artikel lepas) [...]

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold