Neelofa Nafi Bercinta Dengan Hans Isaac

Neelofa semakin popular sejak kebelakangan ini, gosip pasal artis dari Kelate ni pun makin rancak jugak, Neelofa atau Lofa kini digosipka bercinta dengan Hans Isaac pelakon kacak yang dulu pernah putus cinta dengan Erra Fazira..hehe!!

Dulu orang kata Neelofa bercinta dengan pelakon Shah Jaszle, memang benarlah mereka tak ada apa-apa , apabila Shah Jaszle mengaku  bercinta dengan Miera Liyana.

Benarkah Neelofa bercinta dengan Hans ni? Ada gosip hiburan mengatakan Neelofa siap keluar dating di pusat membeli belah yang berhampiran rumahnya dan ada orang nampak mereka berpegangan tangan, Neelofa siap lentok kepala di bahu Hans lagi.

Bagaimanapun Neelofa Mohd Noor 22 tahun ni, menafikan gosip tersebut sekeras-kerasnya.

Neelofa dan Hans Isaac digosip bercinta

“Saya tidak pernah memegang tangan Hans Isaac apa lagi meletakkan kepala di bahu dia. Semua tuduhan itu tidak berasas sama sekali,”

Neelofa yang ditemui di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP),  menafikan perkara itu, namun mengakui ada berjumpa Hans Isaac di pusat beli-belah untuk berbincang mengenai filem Lemak Kampung Santan yang akan dibintangi mereka berdua.

Menurut Neelofa, beliau & Hans Isaac bertemu buat pertama kali Julai lalu untuk membincangkan watak beliau dalam filem Lemak Kampung Santan dan perjumpaan itu berlangsung di The Curve, Damansara.

Neelofa lebih selesa untuk bertemu di’luar kerana kawasan kediaman beliau yang hampir dengan pusat membeli belah tersebut dan sehingga ke hari ini Neelofa belum menjejakkan kaki ke pejabat rasmi Hans Isaac.

“Lofa memang sudah agak gossip begini akan keluar kerana kami pernah duduk berdua sebelum orang ketiga turut serta dalam perjumpaan ringkas kami,”

Neelofa juga menafikan beliau ada merancang sebarang gimik cinta lokasi yang di’praktikkan sesetengah selebriti untuk melariskan filem.

“Lofa kalau boleh, mahu stay out of radar sampai filem siap. Rimas dengan gossip cinta lelaki lelaki semua ini. You jangan buat cerita bukan bukan.

Neelofa turut menafikan Hans Isaac sebagai teman lelakinya dan menegaskan sehingga kini masih belum mempunyai teman lelaki.

p/s: Mungkin sumber ni tak sempat nak tangkap gambar, kalau le dapat tangkap gambo cam gambo apek dan Dalia Teck kan bagus :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Neelofa Nafi Bercinta Dengan Hans Isaac”

  1. Pacifista says:

    kalau dia tipu pun bukan kita tau :p
    Pacifista recently posted..Kalaulah Aku Menang RM 100,000…

  2. akubiomed says:

    Gossip macam ini boleh melonjak nama dan membusukkan nama

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold