Neelofa Jual Kasut

Pelakon Jiwa dan Lara, Neelofa atau Lofa, 22 tahun ni bukan saja aktif berlakon, dia kini mengusahakan pernigaan kasut tumit tinggi. Neelofa ada sebuah blog yang khas untuk mempromosi dan menjaul kasut kasut dengan jenama Lofa. Beliau akan menukarkan nama jenama Lofa itu kepada nama dia sendiri iaitu “Neelofa”, bermula Januari tahun depan. Kini perniagaan kasut Lofa sudah berjalan selama 1 tahun lebih.

Neelofa sedang berusaha untuk memperkembangkan perniagaan kasut tumit tingginya dengan mempelbagaikan material produk, tekstur dan warna kasut. Kasut kasut dalam koleksinya dijual dengan hargar sekita RM 150 hingga 350 setiap pasang.

Dia bercita-cita tinggi untuk membuka cawangan, sekarang Lofa sudah mendaftarkan syarikat denga nama Neelofa Sdn Bhd di MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

Di majlis pra pelancaran dan sidang akhbar Persidangan Usahawan Muda Asia Pasifik (APEC YES 2011) di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Neelofa dan sorang lagi artis, Fizo Omar telah mendapat geran RM200,000 untuk mengusahakan perniagaan mereka.

Geran itu akan digunakan untuk mempromosi dan rebrandingkan kasut kasut tumit tinggi selain menampilkan konsep dan rekaan baru. Lofa akan membuka sebuah gudang khas sama ada di Shah Alam atau Damansara untuk memudahkan proses penghantaran dan penyimpanan kasut-kasutnya.

Tengok gambar bawah ni, kasut tumit tinggi Lofa ni warna biru yang dipakai oleh Lofa, kasut ni jugak ada dipromosi di blog Neelofa

neelofaheels.blogspot.comĀ  . BIODATA Noor Neelofa

Kasut Neelofa

Memang pandai berniaga ye Neelofa ni walaupun masih muda lagi, dia berasal dari kelate, memang org kelate bijak berniaga ye :) , strategi untuk masa depan dan hari tua, takkan nak berlakon hingga ke tua..ramai jugak artis artis menceburkan diri dalam perniagaan seperti Fasha Sandha yang ada saloon, Siti Nurhaliza dalam bidang kosmetik, Fizo Omar pun turut berniaga dalam perniagaan sarang burung dan makanan, Deja Moss, Dynas Mokhtar, Ifa Raziah dan ramai lagi le artis yang berniaga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Neelofa Jual Kasut”

  1. akubiomed says:

    Dunia hiburan ada pasang surutnya melainkan kalau kahwin dengan orang kaya

  2. zik says:

    business pun boleh…..janji halal…
    zik recently posted..Tips mengurangkan berat badan.

  3. suezzzzzz says:

    apa nak heran .. mak dia memang dah KAYA

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold