Najwa Latif Duet Dengan Greyson Lagu Paparazzi di AIM 18

Najwa latif bakal berduet dengan Greyson Chance penyanyi remaja dari Amerika Syarikat di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke 18 yang akan diadakan pada 12 Nov 2011. Najwa dan Greyson akan menyanyikan lagu dari Lady Gaga iaitu Paparazzi di AIM itu nanti. Lagu tu la yang dinyanyikan oleh Greyson dengan bermain piano dan dimuat naik ke you tube dan membuatkan namanya popular secara mendadak di US.

Najwa Latif begitu teruja menjerit kegembiraan apabila mengetahui menerusi rakannya pada Jumaat lalu terus menghubungi syarikat rakamannya, NAR Records untuk mendapatkan pengesahan.

“Saya terima setiap peluang yang diberikan jika kena pada tempatnya. Saya menganggap sebagai rezeki apabila mendapat peluang seperti ini pada usia seawal 16 tahun ini.

“Walau apa pun berlaku sekarang dan selepas ini, saya masih sama seperti dulu,”
“Pada mulanya saya tidak percaya dengan berita ini tetapi mereka juga sebenarnya ingin membuat kejutan kepada saya.

“Terus-terang, saya rasa tidak sabar untuk berduet dengan Greyson dan ini merupakan kali pertama saya berduet dengan penyanyi dari luar negara,”

Siapa Greyson Chance penyanyi remaja yang popular di you tube

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Najwa Latif Duet Dengan Greyson Lagu Paparazzi di AIM 18”

  1. titan says:

    darah muda lagi. biasalah tu..
    titan recently posted..Kopi nenek yang paling kacak.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold