Najwa Latif Buang Bapa Kandung??

Penyanyi remaja yang bertudung pandai main gitar bernama Najwa Latif mula menempa nama di persada seni, kini dihambat gosip pulak tentang kisah dia dikatakan “buang bapa kandung”. Aik berat jugak gosip ni. Najwa Latif ala ala penyanyi Yuna ni popular dengan lagu Muka Buku dan video dia di you tube dah ditonton ribu ribu. Macam mana Najwa ni dikatakan buang ayah?  Najwa 16 tahun ini dikatakan sudah tidak berhubung dengan ayah kandungnya sejak beberapa bulan yang lalu.

Najwa

Artikel lain : Siapa Najwa Latif gadis bertudung pandai main gitar?

Gosip hiburan:

Ada konflik berlaku antara dia dan jugak ayahnya, perkara ini berlaku berikutan satu krisis keluarga yang berlaku dan Najwa tidak dapat menerima tindakan ayahnya ketika itu.

Krisis ini dikatakan berpunca daripada teguran ayah Najwa terhadap dia dan kakaknya, Syafiqa yang bertindak sebagai pengurusnya. Zass mendapatkan ayah Najwa, Abdul Latif Ismail bagi kepastian mengenai perkara itu.

Bapa Najwa enggan beri komen:

Namun, Abdul Latif seorang guru di Kota tinggi, Johor, ini tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara berkenaan, tetapi berharap dapat bertemu anak-anaknya sebelum berangkat ke Tanah Suci pada awal Oktober ini.

“Saya tidak mahu cakap apa-apa. Saya bimbang, masyarakat akan berfikir bukan-bukan mengenai keluarga saya dan anak-anak saya. Lagi pula Najwa sedang membina namanya. Apa yang berlaku, saya reda, mungkin ini sudah ditetapkan kepada saya.

“Cuma saya harap sangat dapat bertemu anak-anak saya sebelum ke sana. Saya tidak tahu apa nasib kita nanti. Adakah sihat, sakit atau menemui ajal di sana.

“Saya berdoa dapat berjumpa dengan anak-anak saya, itu sahaja,” katanya yang tidak mahu berbicara mengenai masalah yang melanda keluarganya itu.

Komen Najwa Latif

Najwa ketika ditemui berkata, isu itu terlalu peribadi kerana melibatkan keluarga dan enggan mengulas lanjut.

“Saya minta maaf, ini terlalu peribadi untuk diceritakan. Saya lebih selesa menutup mulut dan tidak mahu memberi sebarang komen. Jika ada pihak yang mahu bercakap, itu terpulang.

“Tetapi saya lebih selesa berdiam diri dan memberi fokus kepada pelajaran dan kerjaya saya yang baru bermula. Saya tidak mahu campurkan kisah keluarga, pelajaran dan kerjaya,” katanya.

Mengakui ibu bapanya sudah empat tahun berpisah, Najwa berharap cerita ini dapat dihentikan dan tidak mengundang apa-apa spekulasi lagi.

Ditanya adakah permintaan ayahnya untuk bertemunya serta adik beradiknya akan terlaksana, Najwa hanya terdiam.

“Seperti yang saya jelaskan, perkara ini terlalu peribadi. Sukar untuk saya katakan ya atau tidak. Cuma apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, hati kami masih belum bersedia,” katanya yang ditemani kakaknya Syafiqa.

Sementara itu, wakil syarikat rakamannya NAR Records Azahari yang turut menemani Najwa dengan ‘selamba’ mencelah perbualan dan mahu cerita ini tidak dikeluarkan. Ditanya mengenai sejauh mana syarikat rakaman mengetahui hal ini, jawabnya:
“Kami memang tahu mengenai masalah keluarganya tapi kami tidak mahu masuk campur dengan masalah mereka dan biar mereka urus sendiri,” katanya dengan nada agak keras.

Najwa juga menerima anugerah Bakat Anak Muda Selangor baru-baru ini akan muncul dengan single keduanya Carta Hati.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

15 Responses to “Najwa Latif Buang Bapa Kandung??”

  1. akubiomed says:

    Ada terbaca mengenai berita ini di suratkhabar tapi harap ia tidak betul kerana perkara-perkara ini akan memberi impak negatif

  2. MTT says:

    Mungkin dia ada sebab dia yang tersendiri..
    Doakan dia terima bapa dia seadanya..Kita manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan dalam hidup :)

  3. cikguden says:

    kalau dah artis, mesti diburunya

  4. awien says:

    ini susah bila dah popular :)

  5. ei… usrat khabar ni kalau tak sibuk boleh tak> kalau xde komen dari najwa latif sendiri baik kita senyap je. Takda fact pun di situ.

  6. yas says:

    Bapak tetap bapak…sampai mati pun dia tetap bapak kamu tak kira dia mmpunyai perangai baik atau buruk.harap2 dpt diselesaikan dgn elok..
    yas recently posted..Isu Namewee – Gua BOIKOT NASI LEMAK 2.0!!!

    • nurizspace says:

      betul tu bapa tetap bapa kalau buruk macam mana pun tapi selagi tak melanggar perintah agama kita patut patuh kat bapa

  7. Pacifista says:

    alahai.baru je nak naik…
    Pacifista recently posted..Kalaulah Aku Menang RM 100,000…

  8. Juan says:

    dia nak jumpa sblm nk pi mekah, anak kena hormati bapa, apa apa pun itu hak dia

  9. sa says:

    dulu selalu kata bapanya bagus, sekarang pulak kata bapanya jahat!!!!!!adakah peminat percaya samaada najwa latif lagi??? fikirkan jahat seorang anak membuat sedermikian terhadap bapanya yang cuba menaikkan nama anaknya dengan tidak memberi komen. Jika saya bapa sudah tentu sy sakit hati!!!!

  10. APAN says:

    sian gak la kat dia…sume mende nak kaji…membe baru nak belajar…kejam2.haha…
    APAN recently posted..Kelahiran Anak Kerbau Yang Seakan Manusia

  11. wei jie says:

    dulu selalu kata bapa berikan gitar, belajar gitar, betapanya bapa sekrg kata tak baik? masa u belajar bapa dah pisah!!!!!i pandai matematiklah, baru dua tahun belajar gitar sedangkan bapa dah cerai empat tahun!!!!! jgn bohong kat peminat kamu, kami tak bodoh!!!!!!

  12. wei jie says:

    dulu kata bapa berikan gitar, belajar gitar skrg kata bapa tak baik!!!!! belajar gitar dua tahun dah berlagak!!!!!!itu semua duit bapa kamu yg mengajar renang do kolam. jgn tak kena budi seseorang nanti akan dibalas o tuhan!!!!!

  13. wtw says:

    xperlu msuk cmpur hal org laen. everybody got their own problems, attend to your problems first before looking at someone else’s.

  14. Sabar je la najwa. Maybe ada hikmah di sebaliknya. Apa pun like najwa main gitar.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold