Nahas Keretapi Langgar Lori Tangki Shell di KK

Kejadian pada petang tadi, iaitu kemalangan membabitkan keretapi yang membawa 200 orang penumpang berlanggar dengan lori tangki di sebuah persimpangan dekat stesen minyak Petagas,  12 orang cedera parah.

Kebanyakan penumpang berlari keluar dari gerabak belakang  untuk menyelamatkan diri. Api marak dengan cepat dari 4 gerabak  iaitu bahagian yang merempuh lori  minyak.

Setakat ini, 34  dari 200 orang penumpang masih tidak dapat dikesan, pihak polis telah membuat pemeriksaan sejak pukul 7.45 malam. Usaha mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan oleh pihak polis, bomba dan kakitangan keretapi Sabah.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, nahas itu berlaku apabila keretapi dari Stesen Tanjung Aru ke Papar merempuh  dengan kuat lori tangki yang membawa kira-kira 27,000 liter minyak petrol. Ketika itu, lori tangki berkenaan  sedang dalam perjalanan menghantar minyak ke  stesten Shell berhampiran.

Pihak polis telah  menahan pemandu lori tangki minyak untuk disoal siasat manakala pemandu kereta api Ali Ramli, 50, yang cedera telah melarikan diri.

Ambulans yang membawa penumpang yang cedera terperangkap dalam kesesakan lalulintas kerana pemandu kereta berhenti di jalanraya  hendak melihat kejadian tersebut, ditambah pulak dengan cuaca buruk hujan dan ribut petir. Ini menyukarkan bagi pihak penyelamat untuk bertindak cepat menyelamatkan mangsa yang cedera.

Jalan Keretapi dari Kota Kinabalu ke pedalaman Tenom ditutup buat masa ini, kren digunakan untuk mengangkat bangkai-bangkai 4 gerabak yang terbakar dan tergelincir dari landasan.

Sementara itu syarikat Shell Timur Sdn Bhd, akan ditutup buat sementara untuk keselamatan.Shel Timur akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengkaji punca-punca kemalangan.

Lori tangki itu dipercayai membuat  lintasan tanpa mengikut  undang-undang semasa  melintas atas landasan.

Video dan gambar nahas keretapi dan lori tangki minyak di KK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

12 Responses to “Nahas Keretapi Langgar Lori Tangki Shell di KK”

  1. APAN says:

    sampai malam tu padam…
    APAN recently posted..Trex Pun Ada Burung

  2. Pacifista says:

    kemalangan kereta api yang paling teruk dalam sejarah tahun ni rasanya…
    Pacifista recently posted..Jadual Tangga Gaji Guru DG41 – SBPA Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam

  3. akubiomed says:

    Teruk juga kesan pelanggaran keretapi dengan lori minyak.

  4. Persada says:

    Harap tak ramai yang jadi mangsa
    Persada recently posted..Kencing Tak Lawas – Masalah Kencing Tak lawas

  5. It is not so good news as you think and many problems created due to this.

  6. titan says:

    apa sebabnya leh jadi macam ni ye??
    titan recently posted..Komisen ke 3 dari RO2.biz

  7. tuan blog, nk tanya sikit boleh? cmne nk buat fb like kluar awal2 kita bukak blog ni?

    • nurizspace says:

      wordpress ada sediakan plug in khas utk benda tu, nama dia light box promoter fb kalau tak silap..utk blogspot , tak tau le ada ke tak widget mcm ni..

  8. org lain lak yg susah lepas ni sbb krjn cadang nak pagar sepanjang jln ketaapi… yg rumah2 dkt situ terpaksa lah pusing jauh2 utk kuar..

  9. yas says:

    Hmmm..disebabkan kelalaian segelintir yg manusia sering mengakibatkan kemalangan…ramai org lain yg kene tanggung akibatnya…
    yas recently posted..Pemalas Atau Buruk Perangai Ni??

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold