Mayat Muammar Gaddafi Dibekukan dan Dipamerkan

Nasib jenazah bekas pemimpin Libya yang mati ditembak Khamis, Muammar Gaddafi masih malang apabila mayatnya ditangguhkan untuk pengebumian. Mayat Gadafi dibekukan dan dipamerkan untuk ditonton oleh orang ramai buat kali terkahir sebelum dikebumikan.

Rakyat Libya beratur panjang untuk melihat mayat Gadafi di luar kompleks membeli belah di Misrata , sementara pihak berkuasa berbincan untuk menetapkan di mana lokasi mayat Gadafi akan dikebumikan nanti.

Menurut ajaran Islam jenazah patutnya dikebumikan segera, mayat Gadafi patut dikebumikan pada Jumaat tetapi lain pula jadinya. Pihak berkuasa terpaksa menangguhkan pengebumian kerana siasatan punca kematian belum dipastikan.

Jasad Gaddhafi yang cuma berseluar diletakkan di atas sekeping tilam berlumuran darah dalam ruang dingin beku yang lazimnya digunakan oleh pengusaha restoran menyimpan makanan mudah rosak.

Kesan peluru juga kelihatan di bahagian kiri kepalanya.

Laporan dari reuters:

Pemimpin NTC dilihat begitu berhati-hati mengenai rancangan pengebumian itu, enggan untuk menjadikan kubur Gaddafi bakal menjadi tempat perhimpunan bagi penyokong setianya.

Mayat Gaddafi terbaring di sebuah kediaman persendirian di Misrata, bandaraya ketiga terbesar di Libya di mana tenteranya ditewaskan dalam kepungan berpanjangan yang terbukti menjadi salah satu titik perubahan kebangkitan selama lapan bulan, lapor seorang koresponden AFP.

Sementara itu, Reuters melaporkan bahawa Gaddafi maut berikutan sebutir peluru yang menembusi ususnya berikutan penangkapan, kata seorang doktor yang memeriksa mayatnya, di tengah konflik bagaimana pemimpin Libya itu menemui ajalnya.
Gaddafi, 69, terbunuh pada Khamis selepas ditangkap oleh pejuang Libya yang menjadi kemuncak kepada kebangkitan selama lapan bulan menentang pemerintahan beliau selama 42 tahun.

“Gaddafi ditahan ketika masih hidup tetapi beliau terbunuh selepas itu. Ada sebutir peluru dan ia menjadi alasan utama kepada kematiannya, yang menembusi ususnya,” kata doktor Ibrahim Tika kepada televisyen Al Arabiya.

“Kemudian ada peluru lain di kepalanya yang menembusi dalam dan keluar kepalanya.” Terdahulu, Perdana Menteri Mahmoud Jibril membacakan apa yang dikatakan laporan bedah siasat bahawa Gaddafi diseret daripada terowong paip, ditembak di lengan dan diletakkan dalam sebuah trak di mana ia terkena tembakan ketika cuba dibawa ke hospital.

Sementara itu ahli NTC Mohamed Sayeh berkata bahawa Gaddafi akan dikebumikan pada Jumaat di sebuah kawasan perkuburan Sirte, menafikan laporan bahawa beliau akan dikebumikan di sebuah kubur rahsia. –

sumber : AFP

Video video mayat Gadafi di dalam sejuk beku

Gadaffi merayu supaya tidak dibunuh saat saat kematiannya

Pemimpin yang terseksa kerana kekejaman masa lalu seperti jugak pemimpin kejam Ariel Sharon (lihat )yang bagai mayat hidup.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Mayat Muammar Gaddafi Dibekukan dan Dipamerkan”

  1. itu adalah akhir sebuah era kejam bagi Libians dan memulai era saya ingin kedamaian, kemakmuran dan love.Further tidak boleh ada tiran di kursi dan saya berharap Libia demokrasi akan datang ke sana ..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold