Mayat Gaddafi Semakin Berbau Busuk

Mayat Gadafi sudah berbau busuk selepas 4 hari mayat itu ditempatkan di bilik sejuk beku tempat penyimpanan daging di sebuah pasaraya di Misrata.

Pihak tentera sementara yang mengawal bilik sejuk beku yang ada mayat Gadafi dan anaknya Motassim meletakkan plastik sebagai alas kerana cecair dari badan mayat mulai mengalir keluar. Warna kedua-dua mayat sudah bertukar jadi hitam kerana sudah 4 hari dibiar tanpa dikebumikan.

Sesiapa yang masuk untuk lihat mayat dibekalkan mask atau topeng bedah bagi menutup hidung dan mulut kerana bau mayat yg menusuk.

dari reuters:

“Tuhan mencipta firaun sebagai teladan kepada manusia lain,” kata seorang penduduk, Salem Shaka yang melawat kedua-dua jenazah itu semalam.

“Jika beliau seorang yang baik, kami pasti akan mengebumikannya.

Namun, beliau sendiri yang memilih jalan ini (jalan kehancuran),” tambahnya.

Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim mati dibunuh di bandar kelahiran Gaddafi, Sirte selepas mereka ditangkap pada Khamis lalu.

Seorang lagi lelaki menyatakan dia memandu sejauh 400 kilometer untuk melihat mayat Gaddafi.

“Saya datang ke sini untuk memastikan dengan mata saya sendiri. Semua penduduk Libya mesti melihatnya,” katanya.

Pengebumian Gaddafi masih menjadi perbalahan dalam kalangan anggota-anggota NTC yang memerintah Libya buat sementara waktu.

Para pemimpin NTC mahu mayat Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia supaya makamnya tidak dipuja.

Namun, suku kaum Gaddafi mahu mayatnya dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte. – Reuters

Sampai begitu sekali mereka ni menyeksa mayat ni, alangkah kejamnya..
Tempat pengebumian masih lagi menjadi perbalahan, ada pihak nak tempat pengebumian dirahsiakan, ada pihak yang suruh ditempatkan di Sirte.
Dari cbs news: Pengebumian Gadafi di kawasan gurun

Pengebumian mayat Gadafi dan anaknya akan ditempatkan di tempat rahsia di kawasan gurun, kerana tidak mahu pengikut Gadafi menjadikan kubur Gadafi sebagai tempat pemujaan, begitu kenyataan dari Majlis Peralihan Kebangsaan kepada reuters.

Jenazah Gadafi dan anaknya akan dikebumikan secara ringkas dan dipantau oleh ulama Islam. Keputusan perlu dibuat dengan cepat kerana badan mayat semakin mereput.

Sementara itu, pengikut dan pembantu Gadafi dipercayai masih bersembunyi di sempadan Algeria dan Niger, mengikut sumber perisik, Gadafi cuba untuk melarikan diri ke sempadan bersama pengikutnya.

Gambar mayat Gadafi

kelihatan kesan jahitan hasil bedah siasat

Mayat anak Gadafi Motassim(bawah)

Artikel lain:

Rusia: Pembunuhan Gadafi langgar Konvensyen Geneva

Pengebumian Gadafi ditangguhkan

Video Gadafi diheret dan dikasari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Mayat Gaddafi Semakin Berbau Busuk”

  1. titan says:

    dah berbau dahh..memanglah..tanam terus la..
    titan recently posted..Kopi nenek yang paling kacak.

    • Ahmadshah says:

      Mmg kejam org libya,,dimana ulama.dimana ajaran nabi,dimana sunnah tak diikut..al quran dilanggari,,kalian semua pasti dilaknat allah kalaian lebih kejam dari org yg dikata kejam..amin muga kalian terima apa yg setimpal kalian buat

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold