Mayat Gaddafi dikebumikan di Gurun Sahara

Akhirnya mayat Gadafi dan anaknya Motassim dikebumikan di sebuah lokasi rahsia di kawasan gurun Sahara, gurun yang terkenal di Libya. Jenazah itu telah dibawa pada awal pagi dan hanya dua orang yang amanah saja dibenarkan melakukan misi rahsia itu. Mereka berdua merupakan orang yang amat dipercayai oleh Majlis Perlaihan Kebangsaan (NTC ). Solat jenazah dua beranak itu dilakukan oleh guru agama peribadi Gaddafi, Khaled Tantoush.

Proses pengebumian memakan masa dan dilakukan jauh dari pihak media. Jenazah dikebumikan pada waktu subuh.

Petikan berita :

Gaddafi, 69, mati akibat kecederaan ditembak di bandar kelahirannya selepas dia ditemui dalam saluran pembetungan di bawah sebuah lebuh raya pada Khamis lalu.

Anaknya, Motassim turut mati ditembak dekat leher selepas ditangkap oleh para pejuang NTC.

Mayatnya itu kemudian dipamerkan kepada orang ramai di dalam sebuah bilik sejuk di sebuah pasar di Misrata.

Sebelum dikebumikan, pemerintah sementara Libya telah bertindak melarang orang ramai daripada melihat jenazah Gaddafi, anak lelakinya, Mutassim dan seorang ketua tenteranya, Abu Bakr Younis.

Keputusan itu dibuat selepas ribuan penduduk Libya melihat sendiri jenazah bekas pemimpin Libya itu.

Beberapa pengawal mengunci pintu pagar yang menempatkan bilik sejuk beku tempat jenazah Gaddafi bersama dua yang lain disimpan di Misrata.

Pintu peti sejuk beku itu yang kerap dibuka bagi membolehkan orang ramai masuk menyebabkan ketiga-tiga jenazah tersebut cepat mereput dan berbau busuk.

Pengawal-pengawal memberikan topeng bedah kepada pelawat untuk melindungi mereka daripada bau busuk. Mereka juga menyembur bahan pembasmi kuman pada jenazah tersebut.

Menurut beberapa pengawal di pintu pasar tersebut, satu konvoi empat hingga lima buah kenderaan terlibat dalam proses membawa jenazah berkenaan pada lewat malam kelmarin ke sebuah lokasi rahsia. Kerajaan sementara Libya akan menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat kematian Gaddafi.

Menurut seorang pengawal di pasar itu, dia melihat permit pengebumian tersebut yang menyatakan terdapat dua tembakan, satu di kepala dan satu lagi di dada Gaddafi.

sumber – Agensi

Sebelum dikembumikan jemazah dimandikan oleh 3 orang lelaki , Sharif al-Gaddafi dibenarkan memandikan jenazah bapa saudaranya. Pihak NTC menolak permintaan pengikut Gadafi dan isteri Gadafi, Sofia dan anak perempuannya Aisha untuk mendapatkan jenazah.

(gambar hiasan) gurun Sahara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Mayat Gaddafi dikebumikan di Gurun Sahara”

  1. akubiomed says:

    Sungguh aib mayat diperlakukan. Ini bukan contoh muslim yang baik.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday #15 – Happy Diwali

  2. APAN says:

    gurun sahara terus ye…tah betul ke tak la pe yg dorang buat ni…
    APAN recently posted..Rabu Yang Bisu #15 – Kenapa Brunei?

  3. puanbee says:

    dah mati pun , apa lah yg nak diloratkan lagi ..

  4. Juan says:

    takziah pada keluarga mangsa

  5. sayacomel says:

    emm..dah dikebumikan. bagusla..
    sayacomel recently posted..Comel Nakal – Pemakan Daging yang comel

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold